Apakah pendapat anda?

May 28, 2013

Salam 1 Malaysia..

Apa khabar blogger semua?  Sihat ? Mesti ramai yang jeles bila Cikgu Norazimah cakap sekarang tengah best lepak2 atas katil sambil jaga anak..TAPI !! Lepak bukan sekadar lepak, lepak sambil buat buku program untuk 'Sukan Sekolah' & 'Pertandingan Galeri Sekolah Peringkat Negeri" !! Jenuh duk pikir idea nk buat buku program ni..

Kadang2 sedey gak bila ramai cakap "Senang ler keje cikgu, cuti banyak, gaji beso !". Hallo !! Even cuti banyak, tapi keje stil banyak ! Ada orang bercuti bawak fail PBS?? Ada?? Dalam duk layan game candy crush sebab penat buat buku program. terjumpa satu artikel luahan perasaan dari seorang cikgu. Klik SINI. Ada betul nya pendapat cikgu ni. Tapi walaupun ramai yang berpendapat PBS ni melecehkan, tapi kalau dilaksanakan dengan betul seperti di kolej/universiti..insyaAllah, PBS akan memudahkan semua orang. Sebagai contoh, di universiti, markah ditentukan dengan 10% kehadiran, 20% final project [kalau PBS, kira soalan band 6], 40% peperiksaan akhir tahun & 30% ujian. Bukannya mudah jika PBS juga begitu?? 

Cikgu Norazimah berharap agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengar lah luahan hati guru2 Malaysia. Tidak ada buruknya PBS ni, cuma perlukan PENAMBAHBAIKAN supaya produk yang dikeluarkan benar2 bermutu. 

~ Buku dan fail PBS yang melambak2 ~
~ Borang transit yang melecehkan ~


~ Luahan hati seorang GURU ~

You Might Also Like

6 comments

  1. cikgu sekarang x sama macam cikgu dulu... cikgu sekarang memang busy kan? cuti sekolah pun kerja... cuma orang2 yang x faham jer cakap macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler, cikgu sekarang mmg byk sgt keje nyer, ramai yang cakap, bestnyer cuti ! dorang tak tahu, dlm duk cuti pun bwk blk keje yer

      Delete
  2. kesiannye...

    lagi baik dapat kerja 24 jam... ada ot walau untuk keep in data dan bagai-bagai lagi kerja...

    tapi rezeki tetap datang sama dengan dugaan kan...

    lain kerja lain tanggungjawab...

    be strong okey :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler, lain keje lain tanggungjawabnyer, setiap keje ada pro n cons nya, tabah menghadapi mulut orang yang laser2 tu jela

      Delete
  3. el dulu pun sllu ckp cam tu hahahaha
    skun tgk tggjwb cikgu dh kemain tahap bz gaban hahaha
    enjoy ur cuti2 cikgu ea
    dah2 jgn nak lepak2 atas katil g siap PBS tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. z dulu pon selalu gak pikir camtu, bila dah jadi cikgu baru tahu situasi sebenar..hehe

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.