Festival Hari Guru 2013

May 17, 2013


Salam 1 Malaysia ..

Festival Hari Guru kini tiba lagi !! Untuk kali ke-5, Utusan Melayu Berhad melalui Unit Pendidikan akhbar Utusan Malaysia telah diberi mandat oleh KPM untuk menganjurkan Festival Hari Guru 2013 yang akan bermula pada 14 hingga 19 Mei 2013 bertempat di Kompleks Belia & Sukan Paroi, Negeri Sembilan. 

Festival ini akan dihangatkan dengan kehadiran artis2 popular seperti Ella, Dato' AC Mizal, Azlan & The Typewriter, Kumpulan Rap Waris, DJ Fuzz & Ani Mayuni pada malam konsert " Apo Kono Eh Jang " pada hari Sabtu, 18 Mei 2013 pada pukul 8.00 malam. 

Hokay..selain itu, ada banyak gerai2 pameran, booth JobHouse & pelbagai aktiviti menarik seperti Studio Penghias Wajah, Pertandingan Bercerita, Mewarna, Tayangan Layar Bistari, ceramah agama dari Ustaz Kazim Elias dan banyak lagi !

Untuk maklumat lanjut, layari www.adap.com.my/festival ATAU www.jobhouse.com.my


~ Pesanan khidmat masyarakat dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

6 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.