KECEWA Lagi Buat Kali Ke-6 !

June 30, 2013


Salam 1 Malaysia..

Mood KECEWA lagi untuk kali ke-6 ! Dah 6 kali apply pertukaran guru, tapi jawapan still sama PERMOHONAN PERTUKARAN ANDA KE SELANGOR TIDAK DILULUSKAN ! Korang bayangkan, dah 2 tahun setengah kahwin, tapi tinggal berjauhan. Menjalankan tugas seorang isteri pada hujung minggu SAHAJA. Irfan pun jumpa mama dia hujung minggu jer. Rutin setiap hari jumaat, bawak balik susu frozen untuk bekalan Irfan sampai jumaat depannya pulak. Ini hokay lagi, Kak Su my bff tu lagi dasyat, sejak dia kahwin thn 2009 sampai sekarang menjadi isteri hujung minggu jer. Anak dah 3 tahun membesar tanpa mama disisi !

Persoalannya..apakah kriteria untuk membolehkan seseorang guru tu diluluskan pertukarannya? Dalam entry SINI, Cikgu Norazimah bercerita mengenai alasan pertukaran yang mungkin lulus..mungkin jer. Tapi still TAK dapat. Sorang kawan cerita, dia dah 5 thn service tak dapat tukar, tapi sorang junior baru kawin n tak sah pun lagi jawatan dapat tukar ! Apa cerita yer? Bila pergi ke KPM untuk rayuan, ayat yang sama yang kedengaran "Kami akan cuma bantu" ! Kalau sekadar cakap CUBA, baik tak payah ! 

Ada sumber bagitahu, cikgu2 melayu dekat St. Mary ni mmg tak leh keluar dengan alasan nak balance kan jumlah cikgu melayu dengan cikgu bangsa lain. Ini macam pun ada ker? Satu jer yang membolehkan Cikgu Norazimah keluar dari St. Mary adalah dengan kemasukan JUNIOR yang baru posting. Minggu lepas besar jer harapan agar ada junior masuk posting kt St. Mary ni, bila ada budak baru, jumlah cikgu akan berlebihan so boleh la Cikgu Norazimah tukar ke Selangor. Tapi..tapi...TAK ADA ! Anak angkat ayah mertua dekat SMK Jenjarom cakap kat sekolah tu mmg tak cukup cikgu ICT. Memang boleh sangat ler Cikgu Norazimah dislotkan ke sana..tapi..tapi..banyak betul tapi ! Macam ni ler..still lagi di St. Mary..menjalankan tugas sebagai isteri dan mama hujung minggu !

Kadang-kadang pernah terfikir untuk resign jer n buat business, tapi En. Hubby suruh SABAR. Ye.. Cikgu Norazimah perlu sabar dan redha dengan kehendak Allah SWT..mungkin ada hikmah di sebaliknya. Cuba berfikiran positif dan bekerja dengan hati yang ikhlas. Cikgu Norazimah mohon rakan2 blogger doakan la permohonan pertukaran Cikgu Norazimah untuk tahun depan berjaya yer. Serius, kalau pertukaran Cikgu Norazimah berjaya, insyaAllah, kenduri doa selamat akan menyusul dan Cikgu Norazimah akan menjemput semua rakan2 blogger ! InsyaAllah. 


~ Luahan hati seorang CIKGU ~

You Might Also Like

6 comments

  1. we are Malaysian, and we obey the system #sarcasm :P

    ReplyDelete
  2. Sabar banyak-banyak cikgu.....Tak lama lagi ada ler rezeki cikgu nak tukar...Just tak ada pengantin yang sesuai lagi kot....

    Siapakah Blogger Hantu?
    Cikgu Yang Heavy Sangat
    Lompatan Yang Menghairahkan

    ReplyDelete
  3. sabar la cikgu
    ini dilema biasa cikgu wanita sekarang
    jgn terlalu kecewa...fikir cikgu nak cari rezeki halal untuk keluarga setiap hari sebellum pergi bekerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear..itu ler, kesabaran kunci utama hidup bahagia.. wink~

      Delete
  4. mohon dan terus memohon. pasti ada hikmah atas apa yang berlaku. saya juga pernah mengalami situasi seperti cikgu.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.