11 Anjakan Utama (PPPM 2013 - 2025)

July 19, 2013



Salam 1 Malaysia..

Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: 11 Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah menetapkan 11 anjakan yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan bagi mencapai aspirasi yang diharapkan. Penetapan 11 anjakan ini telah dirancang dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan dan permasalahan utama yang ditimbulkan oleh masyarakat awam melalui Dialog Nasional yang telah dianjurkan. Dapatan daripada makmal pendidikan dan pandangan panel penilai dalam dan luar negara juga dihimpunkan bagi memperhalusi 11 anjakan yang telah ditetapkan. Beberapa pertimbangan utama bagi menentukan kandungan 11 anjakan ini telah dilakukan. 

Antaranya ialah:
1. Setiap anjakan yang ditentukan perlu menjurus kepada pencapaian aspirasi sistem dan murid;
2. Terdapat bukti antarabangsa bagi mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada pencapaian keberhasilan murid dan sistem; 
3. Anjakan yang ditentukan adalah relevan dan mengikut kemampuan kerajaan; dan
4. Pelaksanaan cadangan anjakan serta inisiatif memberi pulangan yang besar.

Anjakan dalam PPPM ini merupakan suatu perubahan dari segi strategi dan amalan. Sebagai contoh, dalam usaha mencapai keberhasilan murid untuk mencapai hasrat dasar 60:40, perubahan dari segi strategi perlu dilakukan dengan meningkatkan kualiti pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM), seperti yang digariskan dalam Anjakan 1. Manakala seperti dalam anjakan 7, iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran, merupakan perubahan dari segi amalan dan pelaksanaan khususnya melibatkan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam PPPM, 11 anjakan disusun atur merentasi empat Bab, iaitu Bab 4 menyentuh anjakan 1,2,3 dan 6; Bab 5 membincangkan anjakan 4 dan 5; Bab 6 untuk anjakan 6,7,8,10 manakala Bab 7 merangkumi anjakan 1 dan 9. Bagi setiap anjakan ini, inisiatif tertentu untuk mencapai aspirasi telah dibincangkan dan pelan tindakan turut digariskan. 

Note Cikgu Norazimah : Sebab Anjakan 7 la adanya FROG VLE yang menjadi fenomena terhangat di semua sekolah di Malaysia. Semoga semua guru di Malaysia dapat berfikiran positif untuk menggunakan sistem FROG VLE yang canggih ini untuk kesejahteraan bersama. 


CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.


You Might Also Like

5 comments

  1. wahhh... semoga berjaya dilaksanakan...

    ReplyDelete
  2. cikgu yg cantik

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum w.b.t
    Saya telah membaca entry cikgu berkenaan PPPM ini. Saya tertarik dengan anjakan 7 PPPM iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran. Saya amat menyokong pelaksaan anjakan 7 ini kerana bukan sahaja guru yang dapat memanfatkan ICT malah pelajar juga dapat menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh, apabila guru mengajar dengan menggunakan imej dan warna yang menarik pelajar akan memberi fokus yang lebih terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru itu. Selain itu, pelajar juga boleh mengakses maklumat dengan cepat dan mereka juga boleh mengadakan pembelajaran jarak jauh dengan sesiapa sahaja yang pakar dalam subjek tertentu di dalam mahupun di luar negara. Namun begitu, walaupun ICT digunakan di dalam kelas guru masih perlu memantau pelajar -pelajar tersebut sewaktu menggunakan ICT yang disediakan agar mereka tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah atau lari dari topik pembelajaran. Pada pendapat cikgu sendiri, adakah guru perlu memantau aktiviti pelajar sewaktu mereka mengakses maklumat dalam p&p yang dijalankan?
    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. bagi CN, penting utk memantau aktiviti pelajar sewaktu mereka mengakses maklumat dalam p&p yang dijalankan, dalam pembelajaran abad ke-21 pun guru2 cuma bertindak sebagai pembimbing kpd pelajar, manakala pembelajaran pula adalah berpusat kpd pelajar ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu atas pandangan yang diberikan. Jadi, memang pentinglah untuk guru memantau aktiviti pelajar dalam kelas sewaktu mereka mengakses maklumat. Walaupun ICT digunakan dengan meluas, namun ICT tidak akan boleh mengggantikan tempat guru sebagai seorang pendidik. Semoga cikgu lebih berjaya pada masa hadapan. Amin :)

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.