CEKIK darah !

August 23, 2013

Salam Syawal..

Semalam CN kena pergi kursus dekat JPN di Jalan Duta. Macam biasa, pergi ke sana naik teksi dekat ayah angkat CN dan Kak Su iaitu APPANA. Uncle Appana ni memang telah dinaiktarafkan sebagai ayah angkat kitorang sebab since 2010 menjadi regular customer kalau nk ke mana2. Uncle ni pon memang tak berkira dengan kitorang dan sangat punctual ! Korang bayangkan, kalau Uncle Appana tak boleh hantar kitorang, dia hantar anak atau sedara mara dia tau ! Memang superb ler Uncle ni !

Nak dijadikan cerita, masa pergi memang senang ler dengan Appana. Bayaran cuma RM13.40 termasuk charge untuk panggilan RM2.00. Jadi Appana kasi diskaun bayar RM15.00 jer. Itu kisah pergi..ni nak balik ni. Sebab Appana kena hantar customer, tak boleh ler amik CN dekat Jalan Duta tu, so terus ler pergi stesen bas Jalan Duta sebab sana jer ada teksi. Di sana dorang menggunakan sistem kupon di mana CN dicharge sebanyak RM25.30 untuk ke Selayang ! Disitu terdapat perbezaan bayaran sebanyak RM10.30 ! [belajar kira2 sikit yer..hehe]

Fuhh ! Agak berasap gak bayar. Tapi disebabkan TIADA PILIHAN, terpaksa ler. Dengan RM10.30, CN boleh amik set lunch dekat Pizza Hut tau ! So nasihat CN dekat korang yang nak menggunakan service teksi di Jalan Duta...JANGAN ! Lagi baik call mana2 teksi, biar ler tunggu teksi tu datang daripada amik teksi berkupon ni. Dulu senang ada shuttle bas ke pusat bandar, tapi sejak tahun lepas dah takde. Yang ada cuma teksi yang CEKIK DARAH ! Nasib ler..CN kena bertekad beranikan diri drive di KL yang sibok ni. Korang doakan ler CN berani drive yer. CN pun pelik, kalau disuruh buat flying fox ker, panjat bangunan ker, NO PROBLEM ! Tapi disuruh driving..NO..NOO ! Memang dasar penakut ! Hehehehe

Resit teksi dari Appana

Resit teksi berkupon..BEZA ? Memang berbeza !

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

11 comments

  1. jauh beza tu... kira perjalanan pergi balik ke apa?

    ReplyDelete
  2. Owh.. Dulu penakut gak nk drive... Tapi hbby beli kn gps.. De la sikit keberanian tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler, kalau jalan xde masalah senang ingat, masalahnyer tak berani nk drive..lesen buat pameran dlm wallet jer..hehe

      Delete
  3. sekali je pernah naik teksi lam hidup
    tu pun sbb ritu g kerja..tayar pancit..nak xnak kena tahan teksi..sbb malas nak naik bas..hehe

    mayb CN takut drive sbb byk kena handle..stereng..gear..cermin sisi depan blkg..pas2 kena hadap jalan raya..kereta yg byk

    lau flying fox..panjat bgunan xyah hadap semua tu..hehehe

    el pun dulu mmg fobia bw kereta..lg2 lau tempat2 jem..nak2 lagi kl tu..mmg xbw kut..lau tempat2 yg xsesak ok je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. logik gak ek? flying fox tak hadap semua tu ! hehe..jln kampung z berani ler..ni kl memang kena bertapa dulu ler..ahaks

      Delete
  4. Klu nek teksi ke bas lagi hubby sy x hrp... Dia rela amik cuti hntrkn... Tapi x larat la nk cuti je klu nk kursus kn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung ler..hubby z dekat banting, z lak dekat kl..memang kesian ler dia nk hantarkan, last year masa preggy adak gak dia tolong hntar n amik kalau pergi kursus..sekarang dh selim..naik public transport jela..hehe

      Delete
  5. memang sangat mahal dan jauh berbeza harga tu... huh...

    ReplyDelete
  6. penulisan yang adil. saya kira, alasan terdesak dan nak cepat sering menjadi sebab utama seseorang pengguna menidakkan hak sebagai pengguna.saya pengguna kemudahan awam yang tegar di bandaraya Kuala Lumpur ini. saya sering berjumpa pemandu teksi yang jujur, saya suka bertukar-tukar cerita dengan mereka. bayaran yang dikenakan berpatutan. namun, saya kecewa dengan sikap sesetengah pemandu teksi yang saya kira 'menipu harga'. saya pernah dikenakan bayaran dua kali ganda daripada yang sepatutnya, alasannya kerana mereka terpaksa menunggu (walau seketika sahaja) dan hujan (dua kali ganda bayaran). ya, sebagai PENGGUNA YANG TERDESAK, saya tidak mahu memanjangkan hal tersebut. ingatlah, sekali anda terlepas, tak selama anda terlepas. kita sama-sama mencari rezeki dengan cara masing-masing, beringatlah!

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.