7 Kebaikan PETAI

October 12, 2013


Salam jumaat..

Hari berkat diserikan dengan pertemuan ibu, bapa & anak setelah 4 hari tak jumpa ! Macam hover jer bunyi nyer kan? Tapi itulah hakikat Isteri Hujung Minggu. Hari JUMAAT merupakan hari2 yang ditunggu untuk bersama keluarga tersayang. Lagi BONUS cuti yang banyak tu..tapi hujung tahun ni cuti tak berapa banyak sebab kena jadi Pengawas SPM..alahai nasib..takper..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ! Tak sabar nak buat entry tentang pengalaman jaga SPM nanti sebab ni kali pertama CN kena jaga SPM. Tahun lepas dapat pengganti sebab baru lepas bersalin. 

Hokay, panjang pula mukadimah kali ni. CN cuma nak berkongsi dengan anda semua tentang kebaikan PETAI ! CN tahu ramai yang tak suka petai sebab berbau busuk. Tapi tahukah anda bahawa petai ni ada banyak kebaikan disebalik bau busuknya ? Tahukah anda bahawa bau busuk daripada petai itu terhasil daripada gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya.

Antara kebaikan- kebaikan petai ialah:

1) Dapat merawat masalah hati,kencing manis (Diabetes), dan buah pinggang.
CN : Bila makan petai, sistem perkumuhan anda akan berfungsi sepenuhnya di mana anda akan kerap ke toilet untuk 'membuang'. Ini sekali gus bagus untuk buah pinggang sebab tak perlu menyimpan benda yang tak elok.

2) Daun petai dapat merawat demam kuning.
CN : Tak pernah try sebab susah nak cari daun petai ni. Pokoknya tinggi giler tuh ! Hehe

3) Mengurangkan risiko penyakit strok.
CN : Elok untuk mokcik2 dan pokcik demi masa depan yang gemilang

4) Membantu perokok untuk berhenti merokok kerana vitamin didalamnya dapat membantu mengurangkan ketagihan kepada nikotin.
CN : Tips amat berguna untuk perokok tegas di luar sana. Jadi kepada perokok tegar, amalkan pengambilan petai dalam diet anda seharian!

5) Mengurangkan derita penghidap anemia kerana petai kaya dengan zat besi yang dapat membantu menstimulasikan pembentukan sel darah merah.
CN : Dasyat benor petai ni kan? 

6) Petai dapat mengurankan depresi kerana mengandungi Trytophan.
CN : Hujung2 tahun ni banyak keje yang perlu disetlekan menyebabkan sering mengalami STRES. Kena beli stok petai ni !

7) Mengurangkan risiko tekanan darah kerana mempunyai nilai potasium yang tinggi tetapi garam yang rendah.
CN : Selain pisang yang mengandungi potasium yang tinggi, petai pun sama ! Hebat !


~ Marilah sama2 mengamalkan pemakanan yang sihat. Saya SAYANG petai ! Ahaks ~

You Might Also Like

9 comments

  1. Assalamualaikum. sheila tak suka petai tapi suami sheila suka sangat. hehhehehe. thanks sharing kebaikan petai yang orang taktahu selama ni :)

    ReplyDelete
  2. banyak kebaikan petai ni, tapi farah tak suka makan petai mentah CN...cuma suka yang dibuat sambal jer... he he he...

    ReplyDelete
  3. selalunya benda2 tak suka ni lah yang banyak khasiatnya..alamak sy anti petai..

    ReplyDelete
  4. petai..sape x suka mkn petai ..pergi jauh2 hahaha
    fevret tu...masak sambal tumis taruh petai wow heaven
    goreng ngan ikan bilis pun sodap adoiii lapar le pulak

    ReplyDelete
  5. Kalau org tekanan darah rendah makan petai xpe ke? hehe

    ReplyDelete
  6. hana suka makan petai. kalau masak sambal lah. tp berserta dengan kulit. sebab tak pahit sangat kalau masak mcm tu. heheh

    ReplyDelete
  7. Enak dimakan begitu sahaja.. hehe

    ReplyDelete
  8. mmg sedap..tmbh2 klu petai bakar.. wngi daa sedap..tpi sy dh xleh mkn petai sbb berangin satu bdn jap g..,

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.