Syaitan Membuka PINTU Rumah Jika .....

December 06, 2013

Gambar GOOGLE


" Kuncilah pintu-pintu kalian & sebutlah nama Allah (dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya Syaitan tidak dapat membuka pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah). Ikatlah kantong-kantong air kalian dan sebutlah nama Allah, tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah, walaupun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya. "

[ Shahih Muslim, no: 3756/2012 ]

Salam Jumaat..

Hadis di atas menyatakan bahawa Syaitan membuka pintu rumah jika tuan rumah tidak membacakan Bismillah (dengan menyebut nama Allah).

Salah satu cara Syaitan menjauhkan dan menyesatkan manusia beriman ialah dengan membuka pintu rumah dan menyebabkan berlakunya kecurian. Apabila berlaku kes pecah rumah, dikalangan manusia beriman ada yang marah, merungut dan putus asa kepada Allah. Ada yang membelanjakan wang ringgit yang banyak bagi memasang kunci mahal dan sistem penggera sehingga mereka tidak lagi bertawakal kepada Allah.

Mereka yakin keselamatan sepenuhnya ialah dengan kunci dan sistem penggera, bukan dengan pemeliharaan Allah S.W.T. Dengan perbuatan/keyakinan ini, Syaitan berjaya menjauhkan manusia beriman daripada Allah S.W.T.

Oleh itu, berdasarkan pesan Rasulullah S.A.W.  hendaklah kita ingat kepada Allah S.W.T. dengan membaca Bismillah setiap kali membuka dan menutup pintu serta tingkap rumah agar dengan itu Syaitan tidak memiliki peluang untuk menjauhkan/menyesat kita daripada Allah S.W.T

[ Rujukan : Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah, Majalah Pa&Ma Oktober 2013 ]


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. bab tutup air tu sungguh... klu xde bekas, amik la apa shja cnthnya sudu, lintangkn di atas permukaan cawan atau bekas air tu...

    ReplyDelete
  2. semoga perkongsian ini bermanfaat..salam jumaat.. :)

    ReplyDelete
  3. nice sharing CN. salam jumaat :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.