5 Berita BAIK Untuk Orang Yang Bertaubat

March 01, 2014


Salam mesra..

Adakah kita telah terlanjur berbuat maksiat atau dosa? Jangan putus asa. Pintu TAUBAT tidak pernah tertutup melainkan ketika nyawa sudah berada di kerongkong dan ketika matahari terbit dari barat ke timur. 
Berikut merupakan 5 berita baik untuk orang yang bertaubat :

1. Petua Kejayaan
: Apa kata masukkan bertaubat dan beristifar sebagai salah satu langkah mencapai kejayaan. Ini selari dengan firman Allah yang bermaksud "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung (beroleh kejayaan) " Surah al-Nur 23:31 


2. Lupus Dosa
: Jika dahulu dosa seolah-olah menjadi perhiasan diri, kini dosa akan dibakulsampahkan! Pasti seronok kalau akaun dosa kini jadi defisit. Allah berfirman yang bermaksud "Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang sebenar-benarnya). Mudah-mudahan Rabmu akan menutup kesalahan2mu dan memasukkan kamu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai2." Surah al-Tahrim 66:8

3. Keburukan diganti dengan kebaikan
: Tidak percaya ? Hayati mafhum ayat al-Quran ini : "Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Surah al-Furqan 25:70

4. Anugerah dan Nikmat
: Allah berfirman dengan maksud : " Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus-menerus) kepadamu sampai ke waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap2 orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya." Surah al-Hud 11:3

5. Dicintai Allah
: Bukan sekali, malah berkali-kali Allah ulang kenyataan ini. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri. " Surah al-Baqarah 2:222


Wallahhualam...


~ Pesanan Khidmat Masyarakat dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

12 comments

  1. great piece of sharing CN... salam Jumaat...

    ReplyDelete
  2. hari2 kena istighfar...Rasulullah istighfar sehari at least 300 kali...kita?

    thanks remind us

    ReplyDelete
  3. memang banyak kebaikan orang yang bertaubat ni :')

    ReplyDelete
  4. salam jumaat..terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum CN, terima kasih berkongsi entri ni. perkongsian yang menyejukkan hati ~~~

    ReplyDelete
  6. Salam jumaat...terima kasih atas perkongsian....:D

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, banyak kebaikannya. Jadi, kenapa pula kita nak buat jahat kan. Orang yang bertaubat lagikan dapat pahala, inikan pula orang yang sentiasa lakukan kebaikan.

    ReplyDelete
  8. Besarnya ganjaran org bertaubat.. namun manusia tidak nampak dgn semua itu

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.