Perbezaan Jumlah Guru WANITA dan Lelaki

March 14, 2014

guru wanita, smk st mary
Wajah guru2 SMK St. Mary 2013
Cuba lihat perbezaan jumlah guru wanita dan lelaki

Salam mesra..

Menurut portal EMiS, data statistik ini diambil bertarikh 30 November 2013. Ini bermaksud, data ini tidak termasuk pengambilan guru2 baru posting bulan Disember 2013 dan Januari 2014 yer. Cuba anda lihat perbezaan jumlah guru wanita dan lelaki. 

PeringkatBil Lelaki Bil PerempuanJumlah
Rendah
73,166
167,902
241,068
Menengah
55,456
123,416
178,872
Jumlah
128,622
    291,318
 419,940

No wonder la ramai guru wanita berkahwin dengan businessman, polis dan pastinya bukan cikgu sebab jumlah guru lelaki yang sedikit. Dan jika anda ke sekolah, anda akan lihat betapa guru lelaki hensem yang muda menjadi kegilaan pelajar perempuan. Market guru lelaki hensem muda ni memang tinggi di sekolah mengalahkan artis korea ! Sekolah CN sendiri sebagai bukti di mana guru lelaki hensem muda yang single menjadi idola pelajar. Pelajar perempuan yang suara high speaker pun menjadi gadis melayu terakhir depan guru lelaki hensem yang muda dan bergaya ni ! Hehehe

Inilah realiti dunia pendidikan sekarang ni. So nasihat CN kepada adik2 lelaki yang masih belajar, cepatlah memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya anda untuk mendidik anak bangsa selain boleh glamer mengalahkan artis korea.....

p/s : Untunglah Cikgu Hailmi yang merupakan salah seorang guru lelaki hensem yang menjadi idola pelajar2 perempuan di sekolah. Semoga cepat bertemu jodoh yer ! Ahakss


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

15 comments

  1. CN, kalau awak nk tengok cikgu lelaki lg banyak dr cikgu perempuan, dtg la matrik Sarawak. nisbah pensyarah perempuan kepada lelaki 1:4


    sampai pelajar asyik tersasul sebut sir

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah ! untungla lecturer pompuan yang omel2 kat situ, mesti menjadi rebutan ;)

      Delete
  2. la CN..dari dulu memang camni, mana ada org lelaki yg suka sangat nak mendidik2 ni..

    pastu yang cikgu lelaki hensem jadi idola tu pun, memang dari dulu2 pun ada, ha ha..akak dulu pun ada la sangat admire gila kat sorang cikgu nih, alahai..kenangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ..teringat balik sorang cikgu praktikal laki yang hensem..ada lagi gmbo dia dlm album..hehe

      Delete
  3. Ketara sangat perbezaan jumlahnya CN....agaknya lelaki memang tak suka nak jadi guru agaknya....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya,org laki mmg tak berapa minat jd ckgu

      Delete
  4. assalamualaikum
    selamat pagi
    singgah pagi

    ReplyDelete
  5. Dr statistik dah tahu guru lelaki akan menjadi kegilaan pelajar perempuan..

    ReplyDelete
  6. Tapi rasanya memang betul sikit jer bilangan cikgu2 lelaki nih.. Makin pupus agaknya. Part paling susah kalau sekolah kurang cikgu lelaki, bila bab nak mengangkut dan bab benda2 kokurikulum.. Harap ada penyelesaiannya ler..

    Kah3!!!.. Ayat last tuh yang tak tahan tu.. ;)

    ReplyDelete
  7. hihi teringat plak zaman sekolah..bila ada cikgu praktikal lelaki mula laaaa.... hahhaha ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takper..mau2 cikgu laki yang omel2..mmg menjadi igauan..ahaks ~

      Delete
  8. Cikgu lelaki sering juga dilamar oleh jabtan.. Akibatnya tggl la ckgu wanita je... Kt sekolah sy de 3 org ckgu lelaki dipinjam jabatan...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula masalahnya..akibtnya ckgu laki makin sikit di skola

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.