Batang pokok bakawali untuk Irfan

August 19, 2014

pokok bakawali

Batang pokok bakawali untuk Irfan

Bakawali atau nama saintifiknya Epiphyllum Anguliger merupakan pokok misteri kerana bunganya berkembang pada waktu tengah malam. Lagi menyeramkan bila ia berkembang pada waktu bulan mengambang dengan mengeluarkan bau yang wangi. Perghh !

Walaubagaimanapun, CN tak pernah tengok bunga pokok bakawali berkembang. CN cuma nak berkongsi dengan anda tentang batang pokok bakawali. Kenapa batang pokok bakawali untuk Irfan? Ini kerana, batang pokok bakawali mengeluarkan getah yang sangat pahit. Kalau tangan kita pegang getah tu, cher try hisap sikit jari yang pegang getah pokok bakawali,serius sangat2 pahit ! Kenapa pulak CN nak bagi pada Irfan? Ini kerana, semalam kan genap umur Irfan 2 tahun. Jadi CN nak stop breastfeed sebab perancangan untuk mendapatkan adik baru untuk Irfan. 

Bagaimanakah caranya untuk hentikan breasfeed dengan menggunakan batang pokok bakawali? Amat mudah, amik getah batang pokok bakawali tersebut dan disapukan pada niple anda. Serius, pada first time Irfan kena, memang macam nak muntah budak tu sebab rasa yang sangat pahit. Tapi walau sepahit mana pun batang pokok bakawali ni, masih tidak mampu membuatkan Irfan serik untuk meminta shuhu. Sekarang CN tengah cuba letak kopi pulak. Harap menjadi la..hehe

CN bersyukur sangat2 sebab mampu fully breastfeed Irfan sampai 2 tahun. Semua ni berkat sokongan dari Encik Suami dan keluarga tersayang. Alhamdulillah...


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

9 comments

  1. mak aiii... sufi ni masih bertenggek kat mama walaupun 2 tahun lebih dah ni.. uwaaaa...

    ReplyDelete
  2. Nurul ade tanam pokok ni.. bermula sejak kawan satu ofis mencari pokok ni untuk anak jiran dia yang mengalami kudis buta seluruh badan, rebus batang dan buat bilasan terakhir masa mandi.. alhamdulillah, sembuh.

    ReplyDelete
  3. wah irfan dah nak wean off, dulu my mom ada tanam pokok bakawali ni, kembangnya sekejap jer... hu hu hu...lepas tu kuncup... memang amaze lah...

    ReplyDelete
  4. Hehe... Semoga berjaya.. Kebal juga irfan ni..

    ReplyDelete
  5. ooo ye ke? x bahaya ke? penah dgr dulu org kata letak je nescafe..x pun sirap merah...

    ReplyDelete
  6. sis..blh tau mana nk dpt kan batang bakawali tu?

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.