Pertandingan Silat Seni Sekolah Negeri Selangor

May 15, 2015

Pertandingan Silat Seni Sekolah

Pertandingan Silat Seni Sekolah

8 hingga 10 Mei yang lalu, berlangsungnya Pertandingan Silat Seni Sekolah-sekolah Negeri Selangor di SM Sains Banting. PPD Kuala Langat selaku tuan rumah telah memilih beberapa orang guru yang berkebolehan dan berkemahiran tinggi menghadapi keje-keje di saat genting sebagai Pegawai Statistik dari SMKTPG. Cikgu-cikgu yang hebat itu adalah CN, Cikgu Arefah, Cikgu Shuhada & Cikgu Haza. Hah ! Bukan nak perasan tau, Pegawai Statistik ni la yang memerlukan orang yang cekap sebab semua result nak cepat. Keje memang last-last la..tapi yang penting, pengalaman tu !

Pertandingan Silat Seni Sekolah

CN and the geng selaku Pegawai Statistik menggunakan 2 laptop dan 2 printer tau. Betapa komitednya kami bekerja di hujung minggu demi sesuap nasi dan segulung sijil peringkat negeri. Its ok, glamer gak keje dekat depan stage ni, sampaikan orang confuse kitorang sebagai urusetia lak ! Gambar atas ni bersama bos dari PPD ketika hari terakhir kejohanan. 

Tahniah di ucapkan kepada Kontinjen Gombak kerana berjaya membolot 14 dari 15 pingat emas yang dipertandingkan. Tahniah juga kepada kontinjen Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor & Hulu Langat yang memberikan saingan yang sengit kepada kontinjen Gombak serta semua peserta dari 9 daerah yang terlibat. 

Pertandingan Silat Seni ni macam pertandingan gymrama yang mempunyai pelbagai kategori. Ini kali pertama CN terlibat dengan pertandingan silat seni. Ada empat kategori yang dipertandingkan iaitu Silat Seni Jurus, Silat Seni Tari, Silat Seni Tempur & Silat Seni Asli serta di bahagikan kepada lelaki & perempuan sekolah rendah & menengah. Memang best tengok budak2 kecik sekolah rendah bersilat. Comel dan bersemangat sangat ! 

Baiklah, sebagai penutup entry, CN share beberapa keping gambo Pegawai Statistik yang hover dari peserta ye. Hehe

Pertandingan Silat Seni Sekolah

Berselfie dengan Kak Haza kiri dan Kak Arefah kanan sebelum pertandingan bermula. Cikgu Shuhada tak sempat lak nak berselfie..hehe

Pertandingan Silat Seni Sekolah

Haruslah bergambo di stage sebab bannernya sangat klasik dan elegen 

Pertandingan Silat Seni Sekolah

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

8 comments

  1. dalam silat2 pun CN maintain Gojes gitu :)

    ReplyDelete
  2. dah lama tak bersilat...masa sek rajin jugak join

    ReplyDelete
  3. dah lama tak tengok orang bersilat

    ReplyDelete
  4. Fida pernha gak tengok pertandingan silat kat sekolah dulu..meriha sungguh...sekarang ni memang tak tengok dah...

    ReplyDelete
  5. silat tari eh... saya join silat jugak, tapi lebih kepada tempur. :)

    ReplyDelete
  6. Wahh.. dulu zaman sekolah pernah juga join silat ni, tapi kalah.. pengalaman yg bermanfaat dan menarik juga.. :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ckgu..blh x nk tahu takwim prtandingan silat tahun ni 2017..utk ptandingan sekolah rendah..xdpt apa2 mklumat..sy dr daerah klang..tringin jgk nk menyertai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ye, saya bukan pegawai incharge utk silat, mmg tak dgr berita apa2 lg ttg pertndingan silat thn ni

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.