Guna Servis Foodpanda Bersama Shopback

Shopback Malaysia


Siapa lagi yang selain CN mempunyai masalah kekangan masa yang serius? Sebagai guru di sepenuh masa dan blogger separuh masa, jadual kerja CN amatlah padat dan kadangkala CN terpaksa ‘skip’ makanan dan menggantikan dengan pengambilan ‘junk food’ atau ‘fast food’. Lagi-lagi depan sekolah ada KFC, lagilah mudah kan?

Shopback Malaysia, FoodPanda, beli makanan online


Hidup di Lembah Klang yang sesak ini juga merupakan salah satu sebab mengapa CN lebih gemar membeli makanan ‘fast food’ secara ‘drive thru’ tanpa perlu mencari parking dan menghabiskan masa minima satu jam untuk menikmati satu hidangan makanan. Tetapi kan, baru-baru ini CN telah menemui satu penyelesaian yang terbaik iaitu servis penghantaran makanan foodpanda!



Shopback Malaysia, FoodPanda, beli makanan online




Shopback Malaysia, FoodPanda, beli makanan online


FoodPanda bersama Shopback Malaysia


Tidak dinafikan, nama FoodPanda masih belum dikenali ramai lagi namun, setelah mencuba servis FoodPanda buat pertama kali, CN benar-benar berpuas hati! FoodPanda bukan sahaja menyediakan pelbagai pilihan restoran yang terbaik di sekitar Kuala Lumpur, malah proses penghantaran juga amat pantas. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi FoodPanda dan buat tempahan makanan.

Shopback Malaysia, FoodPanda, beli makanan online



Dan..jika anda ingin menikmati diskaun tambahan dan cashback ke atas setiap pembelian anda, anda boleh membuat tempahan makanan anda melalui Shopback Malaysia. Caranya amat mudah, layari laman web Shopback Malaysia, kemudian cari page FoodPanda dan terus buat tempahan seperti biasa. Sebaik sahaja anda selesai membuat tempahan, nilai cashback akan dikreditkan ke dalam akaun Shopback anda dalam masa 1-3 hari bekerja. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon