10 Produk Lazada Untuk Isteri Di Harijadi

March 19, 2016

Produk Terbaik Lazada Sebagai Hadiah Buat Isteri


CN rasa semua orang tahu bahawa Lazada kini mengadakan promosi besar-besaran sempena ulangtahunnya yang ke-4. Kebetulan pulak birthday CN yang nak masuk 3 series ni bulan depan, jadi CN tujukan entry ini khas buat Encik Suami sebagai hint dan panduan hadiah harijadi buat isteri. CN yakin suami-suami diluar sana juga agak keliru untuk membeli hadiah harijadi buat isteri yang nak masuk 3 series.



Ok, disini CN cadangkan 10 produk terbaik dari Lazada yang boleh dijadikan hadiah buat isteri. 


1. Bayers Air Fryer AF-14 (Free Chopping Board)




Air Fryer adalah salah satu wish list CN sebagai pembantu di dapur. Kebetulan di Lazada sekarang tengah promosi air fryer jenama Bayers dengan setiap pembelian percuma chopping board. Wah ! Best ni !


2. I-ROVA Robot Vacuum Cleaner K6 



Jika isteri anda adalah peminat cerita korea dan jepun macam CN, pasti I-ROVA robot vacuum cleaner menjadi wishlist. Sambil tengok TV, robot vacuum ni duk buat keje. Heaven...


3. Pensonic Chef 's Like Bread Maker - PBM2000 + Free Recipe Book



Wah ! Bread Maker jenama Pensonic warna purple ni tengah promosi di Lazada dengan percuma buku resepi. Sangat berbaloi untuk dimiliki. 


4. Michael Kors Cynthia Medium Leather Satchel (Navy Blue) 



Kalau sayangkan isteri, apa salahnya sesekali belikan handbag MK navy blue ni. Pergh ! Harga beg ni boleh buat bayar keta sebulan siap candle light dinner dekat Chaiwala lagi ! Hehehe


5. Fitness Shaper Slim Body Vibration Machine EF99 (Red) 




Jika anda suami yang amat mementingkan penampilan isteri, apa salahnya sempena harijadinya yang nak masuk 3 series tu dihadiahkan fitness shaper slim body vibration machine ini. Biasalah bila nak masuk 3 series ni, banyak lemak-lemak mula degil. Berkat pelaburan sang suami, semakin selim melim si isteri. Hah ! Isteri cantik untuk suami juga kan? 


6. Coach Women's White Leather Strap Watch 14501460 



Hadiah jam tangan buat isteri masih releven hingga kini. Lagi-lagi jam tangan coach warna putih ni. 65% diskaun pulak tu di Lazada. 


7. GoPro HERO4 Adventure Edition Silver (Local Supplier Warranty)



Wanita sekarang memang suka berselfie. Alangkah bahagianya jika Encik Suami hadiahkan CN GoPro HERO4 ni sebagai hadiah harijadi sempena birthday bulan depan. 


8. Samsung Galaxy Tab 4 8.0 WiFi 8-inch 16GB White 



Samsung Galaxy Tab ini pun sesuai dijadikan sebagai hadiah harijadi. Biasalah sebagai seorang mama, pasti handphone di'kongsi' dengan anak. Jika Encik Suami hadiahkan isteri tab ini, gembiranya hati si isteri tau !


9. Lancome Genifique Advanced Set



Set kecantikan dari Lancome ini juga sesuai untuk dijadikan hadiah buat si isteri sempena harijadinya dari Lazada. Pasti isteri akan terkejut dengan hadiah yang tidak disangka dari suami. 

10. Victoria's Secret 6pc Eau de parfum gift set 


6 set perfume dari Victoria Secret ini pun sesuai dijadikan sebagai hadiah harijadi. Hari-hari isteri berbau wangi untuk suami. Sukanya kalau Encik Suami hadiahkan set perfume dari Victoria Secret ini!


Ok, ini sahaja 10 produk Lazada untuk isteri di harijadi pilihan CN. Rambang mata nak pilih sebab sekarang Lazada menawarkan barangan dengan potongan harga sehingga 90%. Jadi apa tunggu lagi, jom shopping di Lazada sebelum tamat tempoh promosi. 

Baru minggu lepas CN shopping barang baby di Lazada tau. Memang berbaloi shopping di Lazada ini. Ingat shoping ingat Lazada !



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.