Drama Mr Boss Miss Stalker

April 22, 2016

Mr Boss Miss Stalker


Drama terbaru di TV3 yang ditayangkan pada pukul 6.58 petang setiap jumaat-ahad ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama. Hari ini merupakan episod pertama drama tersebut. Agak menarik dengan barisan pelakon yang hebat membuatkan kita ternanti-nanti akan episod seterusnya. 

Tapi biasalah bila drama melayu memang tidak lari dengan cerita orang kaya kan? Alahai.. tapi kan, serius macho sangat Ashraf Muslim dalam drama Mr Boss Miss Stalker ni, suka sangat !

mr boss miss stalker, drama melayu, drama tv3, adaptasi novel


Drama Mr Boss Miss Stalker


EPISOD : 20 Episod
PELAKON : Ashraf Muslim, Mia Ahmad, Riz Amin, Miera Leyana, Shazmeer, Nazeera Sardi, Aleza Shadan, Marisa Yasmin, Kodi Rasheed, Aman Shah

Watak Pelakon
Ashraf Muslim sebagai Hariz Zhafran
Mia Ahmad sebagai Sara Azreen
Riz Amin sebagai Izzudin
Miera Leyana sebagai Ria Alisya
Nazeera Sardi sebagai Liza
Shazmeer sebagai Khairul
Aman Shah sebagai Encik Hamzah
Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Jalil

mr boss miss stalker, drama melayu, drama tv3, adaptasi novel

Sinopsis Drama Mr Boss Miss Stalker


Mengisahkan Sara Azreen (Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah (Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, iaitu Hariz Zhafran (Ashraf Muslim), CEO kepada Mentari Angkasa Sdn Bhd. Bagi memudahkan kerja penyiasatannya, Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut.

Sara serbah salah. Namun, dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa. Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.

Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn Bhd. Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil (Zulkifli Ismail). Malahan, Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil, Liza (Nazeera Sardi).

Izzudin (Riz Amin), pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara. Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya (Miera Leyana), seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.

Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi. Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz. Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zafran telah melamarnya. Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangannya untuk memerangkap Hariz?

Sumber : myinfotaip



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. Baru jugak tengok citer ni, nampak macam okey..boleh layan..betul2 CN, ashraff nampak macho dalam citer ni..mungkin sbb dia dah lama tak berlakon..

    ReplyDelete
  2. suka sanagt cerita ni..best

    ReplyDelete
  3. lama dah xde citer mia ahmad

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.