Pengesanan Awal Kanser Menyelamatkan Nyawa

May 19, 2016

Ramai rakyat Malaysia meninggal dunia kerana pengesanan awal kanser gagal dibuat terutamanya kes kanser payudara dan serviks. Kajian mendapati bahawa 2/3 daripada jenis kanser boleh dicegah dengan menjalani cara hidup yang sihat. Pengesanan awal kanser ini boleh menyelamatkan nyawa dimana peluang untuk seseorang hidup lebih lama mencapai lebih 80% !

kanser payudara, kanser serviks, pengesanan awal kanser

Tanda-tanda awal kanser payudara dan serviks


  • Pendarahan atau cairan yang luar biasa dari mana-mana bahagian badan seperti pendarahan vagina antara tempoh haid atau selepas putus haid
  • Perubahan pada bintik di kulit, ketuat atau tahi lalat
  • Ketulan yang tidak dapat dipastikan dan tidak hilang seperti ketulan dalam payudara

Pengesanan Awal Kanser


Pengesanan awal amat penting untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kesengsaraan serta dapat mengurangkan kos rawatan. Pengesanan awal bermakna mengenalpasti kanser pada peringkat awal atau tahap satu. Kajian mendapati bahawa pemeriksaan khusus dan ujian berkala secara teratur boleh mengesan kanser sebelum seseorang itu menunjukkan simptom kanser yang jelas. 

Ketahuilah cara untuk memeriksa payudara anda sendiri dan sekiranya anda mengesan sesuatu yang mencurigakan, jangan berlengah untuk dapatkan nasihat perubatan. 



Untuk maklumat lanjut, layari : Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia 


~ Pesanan khidmat masyarakat ini dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.