Bonus raya sebulan gaji untuk kakitangan kerajaan

June 02, 2016

Amvoi, laju je klik bila dengar nak dapat bonus raya sebulan gaji untuk kakitangan kerajaan ye? Ala, CUEPACS baru nak buat rayuan, dapat tak dapat tengoklah nanti ye. Sepanjang karier CN sebagai cikgu ni, biasanya dapat RM500 untuk 'bonus' raya. Tidak seperti rakan-rakan guru yang senior, dorang cerita biasa dapat bonus raya sebulan gaji tau. Best betul ! 

Walau apa-apapun, tak dapat bonus raya sebulan gaji, dapat setengah bulan gaji pun dah cukup bagus. Bolehlah bagi duit raya banyak sikit dekat parents nanti. InsyaAllah..


KANGAR: CUEPACS merayu kerajaan memberi bonus satu bulan gaji kepada penjawat awam bagi persediaan menyambut Aidilfitri Julai depan. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata pemberian bonus sebulan gaji itu adalah satu keperluan berikutan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang tinggi. "Permintaan ini diharapkan dapat ditunaikan kerana sebelum ini semua sedia maklum kerajaan memberi bonus RM500 setiap kali menjelang Hari Raya. "Pemberian bonus ini diharapkan dapat disegerakan berikutan rasionalisasi Skim Perkhidmatan hanya akan berlaku penghujung Julai," katanya selepas Persidangan CUEPACS Perlis, di sini, sebentar tadi. Azih juga berharap kerajaan negeri yang berkemampuan dapat memberi bonus kepada kakitangan menjelang Hari Raya. "Kakitangan kerajaan sudah pastinya akan kecewa sekiranya permintaan bonus satu bulan gaji ini tidak dapat ditunaikan. "Kami juga menyambut baik langkah kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengumumkan pemberian bonus Hari Raya tiga per empat gaji untuk kakitangan kerajaan negeri itu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini," katanya.

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. Harap2 adalah ye .. boleh juga saya tumpang sekaki dengan hubby yang keja gomen tu hehe

    ReplyDelete
  2. wahhhhhh... moga berhasil.... amin...

    ReplyDelete
  3. Lama dah x merasa bonus yg betul2 bonus. Asyik2 RM500.Bukan x syukur tp dalam era kini apa yg dpt dibeli dgn RM500 tu. Harap Cuepacs desak bersungguh2 n kerajaan pula kotakanlah... bukan selalu pun...

    ReplyDelete
  4. Kalau dapat bersyukurlah. Kami orang kampung takde bonus pun.
    Yang penting bertugas dengan ikhlas. Rezeki Allah tentukan.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.