Soalan PT3 Geografi 2016 sudah keluar !

July 12, 2016

Setelah puas beraya seminggu, kini calon PT3 2016 berdepan pula dengan Kajian Kes Geografi. Seperti ramalan, soalan PT3 Geografi 2016 adalah berkenaan dengan topik Tingkatan 2 iaitu Pengangkutan. Soalan PT3 Geografi untuk tahun 2016 kali ini agak mudah dan tajuknya terlalu general. CN percaya ramai calon PT3 mampu memperoleh A, insyaAllah.

Tugasan PT3 Geografi 2016 : 


Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang pengangkutan di kawasan tempat tinggal / sekolah anda.



Kajian kes tersebut haruslah merangkumi perkara berikut :


3.1. Konsep dan takrifan sistem pengangkutan .

3.2. Bina jadual dan graf/carta pai yang sesuai tentang pengangkutan di kawasan kajian. (Jadual dan graf/carta pai tersebut hendaklah relevan dengan tugasan 3.3 dan 3.4

3.3 Kenal pasti dan huraikan masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian.

3.4 Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian. 


SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2016





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.