Uji kelajuan lamanweb anda dengan Server Speed Checker Bitcatcha

August 01, 2016

Adakah lamanweb anda cukup kuat untuk menarik lebih ramai pelanggan? Salah satu elemen penting dalam kekuatan lamanweb adalah kelajuan atau speed. Bayangkan,lamanweb  Amazon boleh kehilangan 1.6 billion jika lamanweb mereka lambat sesaat. Begitu juga dengan blog, jika blog lambat loading, pasti akan kehilangan banyak pembaca bukan? Disini CN ingin berkongsi tentang 1 lamanweb yang boleh menguji kelajuan response server sesuatu lamanweb iaitu Server Speed Checker Bitcatcha.

Anda harus tahu, lajunya sesuatu lamanweb adalah bergantung kepada server nya. Aspek ini penting untuk lamanweb yang menjual barang atau perkhidmatan kerana server yang digunakan perlu dibayar berbanding blogspot yang menggunakan server secara percuma.

Apakah Server Speed Checker bitcatcha?


server speed checker, uji kelajuan lamanweb
Server Speed Checker

Ia adalah lamanweb yang menguji kelajuan response sesuatu server lamanweb. Dengan Server Speed Checker Bitcatcha, anda boleh menguji betapa cepatnya kelajuan server dari aspek lokasi seseorang pembaca. Maksudnya disini, Server Speed Checker Bitcatcha menguji kelajuan lamanweb anda dari 8 lokasi iaitu New York, LA, London, Brazil, India, Singapore, Japan & Australia. Menarik bukan?

Mengapa perlu menguji kelajuan lamanweb?


Jika anda membuka sesuatu lamanweb, bayangkan lamanweb A mempunyai tempoh masa loading yang sekejab manakala lamanweb B mempunyai tempoh loading yang lama, mana satukah yang menjadi pilihan anda? Sudah pasti anda lebih suka lamanweb A melainkan anda merupakan peminat setia lamanweb B.

Begitu juga dengan Google, lamanweb yang mempunyai tempoh masa loading yang sekejab lebih ‘disayangi’ oleh Google berbanding lamanweb yang mempunyai tempoh masa loading yang lambat. Anda harus ingat, semakin cepat lamanweb anda, semakin tinggi ranking lamanweb anda di dalam Google.

Apakah kelajuan lamanweb cekgunorazimah.com?

Kelajuan cekgunorazimah.com masih di tahap sederhana kerana CN ‘sayangkan’ iklan-iklan yang melambak-lambak tu. Almaklumlah, itulah sumber income CN. InsyaAllah, CN akan cuba sedaya upaya untuk mempercepatkan lagi tempoh loading blog CN untuk pembaca tersayang, yela, jenuh gak duk adjust untuk melajukan loading blog ni tau.

Tapi kan, cekgunorazimah.com sebenarnya tak sesuai guna Server Speed Checker Bitcatcha ni kerana ia menggunakan host blogspot, yela, blogspot kan bawah Google, memang la dapat A! Hehehe.

server speed checker, uji kelajuan lamanweb
Server Speed Checker


Meh CN share antara lamanweb yang power-power yang mempunyai tempoh loading yang cepat dan pantas.

Lamanweb says.com mendapat gred A+


Hah ! Ini contoh terbaik lamanweb yang mendapat gred A+ untuk tempoh masa loading yang cepat. Kalau anda pergi ke lamanweb says.com pun, anda akan tetap setia kerana kecepatan tempoh masa loadingnya. Bila bukak je lamanweb tersebut, zap zap keluar semua info. Hah ! Cepat betul loading dia, memang power servernya !

server speed checker, uji kelajuan lamanweb
Server Speed Checker


Lamanweb nile.com mendapat gred B


Antara lamanweb faveret CN untuk shopping online. Tempoh masa loading mendapat gred B, masih dikira cepat dan bagus. Sebab tu CN suka shopping dekat sini tau.

 
server speed checker, uji kelajuan lamanweb
Server Speed Checker


Lamanweb sweetmuslimah.com mendapat gred E


Ok, ini contoh lamanweb yang lambat loadingnya iaitu sweetmuslimah.com. Tapi disebabkan brandnya yang power, ia tetap mendapat view yang tinggi dari pembaca. Yang menyebabkan lamanwen sweetmuslimah.com lambat loading kerana saiz gambarnya yang besar-besar, jadi memang agak ‘berat’ untuk loading.
 
server speed checker, uji kelajuan lamanweb
Server Speed Checker


Penerangan tentang Response Times


Untuk pengetahuan anda, response speed yang baik adalah dibawah 200 ms. Jadi semakin kecil nilai response speed, semakin cepat loading sesuatu lamanweb tersebut dan semakin menjadi kesayangan Google. Jadi pilihan di tangan anda.

Untuk menguji kelajuan loading lamanweb anda, jom cuba Server Speed Checker dengan klik gambar di bawah. Lakukan perubahan untuk income yang lebih masyuk dari Google Adsense, eh !

www.bitcatcha.com
 
server speed checker, uji kelajuan lamanweb
Server Speed Checker



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. adoi dapat E la pula. FAIL!! kena ubah ni hmm

    ReplyDelete
  2. Nanti nak try cek laa.. Nk tahu jugak ni..

    ReplyDelete
  3. Wowww A gituuu..tahniah CN..Hehehe kita nk check gak laa nnt

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.