Cantiknya jubin seramik bergambar dari Printcious.my

September 05, 2016

Ingat lagi tak CN pernah cerita tentang Printcious.my? Pada mulanya CN ingin menempah baju baby Dhia. Tapi Encik Suami request nak jubin seramik DIY. Ok la, untuk suami tersayang,  CN pilih gambar kitorang satu family bersama caption ala-ala sweet gituw. Maka terhasil lah jubin seramik bergambar yang sangat cantik. Berbaloi betul harga jubin seramik bergambar ni dengan kualitinya. Memang puas hati dan sangat-sangat recommend untuk pembaca www.cekgunorazimah.com ! Tak tipu tau.  


review jubin seramik, jubin seramik bergambar, printcious.my


Comel tak baby Dhia disamping jubin seramik bergambar & mini T-shirt kaler pink yang comel secomelnya si bambam ni? Sila abaikan keadaan pampers yang terkelihatan sedikit tu..ahaks~


Tempah jubin seramik bergambar di Printcious.my


Jubin seramik bergambar yang CN tempah ni bersaiz 11cm x 11cm. Memang cantik terletak di meja sebagai hiasan tau. Gambarnya pun jelas. Suka sangat tengok ! Ada 2 pilihan sama ada melintang atau memanjang. CN pilih melintang sebab sesuai dengan gambar yang CN pilih ni. 

Selain itu, paling CN suka adalah service penghantaran yang cepat. Walaupun fizikal seramik bergambar ni fragile, tapi ia selamat dihantar ke rumah tanpa sebarang kerosakan. Suka sangat ! 



review jubin seramik, jubin seramik bergambar, printcious.my

Hiasan Mini T-Shirt yang comel


Selain jubin seramik bergambar, CN juga tempah mini t-shirt kaler pink bercorak dari Printcious.my. Comel sangat ! Boleh diletak dalam keta gituw. Paling kelakar Irfan boleh salah faham ingat ni baju baby Dhia, alahai la anak, tak muat la untuk adik..hehe




review jubin seramik, jubin seramik bergambar, printcious.my


Berminat untuk mendapatkan hadiah DIY untuk tersayang?


Jom daftar di Printcious untuk mendapatkan hadiah DIY yang menarik untuk yang tersayang. 
Jadi apa tunggu lagi, tempahlah sekarang hadiah peribadi anda untuk yang tersayang di PrintciousIanya akan menjadi lebih bermakna hanya di Printcious.my - "Precious Gift From Your Heart"


Untuk keterangan lanjut, sila layari -->>

Instagram : https://www.instagram.com/printcious/


p/s : Boleh tak tahun depan request hadiah hari guru dekat students macam ni? hehehee



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. woooowww menariknya.. boleh print then tampal kat dinding jadi deco.. lawa =)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.