Daftar SSPN-i Plus secara online

Tahukah anda apa itu SSPN-i Plus? Ia merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahkan daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. Paling menarik sudah tentu SSPN-i Plus ini menggunapakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan serta bayaran sumbangan takaful bergantung kepada pakej yang dipilih iaitu serendah RM30 hingga RM500.

sspn-i plus, akaun sspn-i, sspn-i, keistimewaan sspn-i plus



Simpanan SSPN-i Plus adalah patuh Syariah


Perkara paling penting yang perlu anda tahu sudah tentu pelan simpanan SSPN-i Plus ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar iaitu kontrak wakil dan kontrak pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

SSPN-i Plus menawarkan enam pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan. Pakej yang ditawarkan adalah seperti jadual di bawah : 

PAKEJ
Intan
Delima
Topas
Zamrud
Nilam
Berlian
Simpanan  SSPN-i
RM20
RM40
RM90
RM180
RM270
RM200
Sumbangan Takaful
RM10
RM10
RM10
RM20
RM30
RM300
Jumlah Komitmen Bulanan
RM30
RM50
RM100
RM200
RM300
RM500

sspn-i plus, akaun sspn-i, sspn-i, keistimewaan sspn-i plus

Apakah keistimewaan SSPN-i Plus


Sudah tentu SSPN-i Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu :

>> Patut syariah
>> Pelepasan tafsiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun
>> Komitmen serendah RM30.00 sebulan
>> Manfaat bagi kematian/keilatan kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000.00
>> Tiada pemeriksaan kesihatan
>> Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan
>> Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak
>> Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal
>> Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari
>> Layak memohon pinjaman PTPTN
>> Perlindungan 24 jam di seluruh dunia
>> Simpanan dijamin kerajaan



Berminat untuk mendaftar akaun SSPN-i Plus secara online?



Sangat mudah !





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon