Keyboard warrior di denda RM2000

Awas kepada Keyboar Warrior, salah typing di media sosial, denda dan penjara la habuannya. Baru-baru ini seorang pemilik akaun Facebook N9RTER atau nama sebenarnya Muhammad Naim Zelkifle, 21 telah didenda RM2000 kerana menuduh polis meminta wang daripada orang ramai 6 September lalu. 

Tertuduh melakukan kesalahan itu dengan memuat naik satu kenyataan “Roadblock polis selepas bhp baru Mahsan, check saman lampau hati2 kalau boleh lalu tompek lain lah yo, dah saman org mkn duit paw lg tak patut betul” di laman Facebook. 
Dia yang memakai baju kemeja dan bersongkok, tiba di mahkamah diiringi ahli keluarga pada 8.40 pagi. Dalam perbicaraan itu, tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Tertuduh bagaimanapun merayu hukuman diringankan disebabkan menjaga ibu bapa selain adik beradik dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu lagi.
 Sumber : myMetro



keyboard warrior, keyboard warrior didenda, hukuman kepada keyboard warrior, hati-hati di alam maya


Berhati-hati di Alam Maya


Guru Penolong Kanan 1 di sekolah CN selalu mengingatkan cikgu-cikgu supaya sentiasa berhati-hati di media sosial. Apa yang kita type di media sosial boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa kita jika disabitkan kesalahan. Berhati-hati di alam maya katanya katanya. 

Lagi-lagi jika cikgu terlibat dengan Lembaga Peperiksaan, lagilah pelu berhati-hati kerana segala bahan adalah dalam istilah TERHAD dimana hanya orang tertentu sahaja yang boleh mengakses bahan tersebut. Tiada istilah SHARE di media sosial hokay. 

Berbalik kepada kisah keyboard warrior di atas, jika hendak menuduh, pastikan ada bukti dan hujah yang menyokong tuduhan anda kerana screenshot dari Facebook boleh dijadikan bukti di makkamah. Jangan semborono tuduh polis tu buat ni, doktor tu buat tu, dan cikgu terutamanya selalu menjadi mangsa fitnah di media sosial. Lagi-lagi cuti sekolah yang akan datang nanti, pasti akan ada fitnah "cikgu makan gaji buta, cuti sekolah duduk rumah je, Baik pergi sekolah jaga anak kami!"

Helllloooo..cuti sekolah pun cikgu kena keje tau. Menanda paper SPM, prepare Rancangan Pelajaran Tahunan, program tu, program ni. Kalau ikutkan dalam 1 minggu je betul-betul cuti. Yang lain cuti palsu hokay ! Eh, termeroyan pulok ! 



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
10 November 2017 at 16:29 ×

Apa yang kita taip, adalah tanggungjawab kita..

Congrats bro Shahida Dzulkafli you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon