Nasi lemak Cik Bedah paling sedap

CN merupakan pelanggan setia nasi lemak Cik Bedah. Nasi lemak jualan Cik Bedah sangat sedap dengan nasi nya yang wangi dan lembut serta all time faveret CN sudah tentu sambalnya yang umph! Nasi lemak paru di bawah cuma RM3 sahaja dengan kuantiti yang banyak dan mengenyangkan. Nasi lemak Cik Bedah ini terletak di Kampung Jenjarom Kuala Langat, Selangor. Memang recommended. Dibuka seawal jam 6.45 pagi dan biasanya pukul 8 nasi lemak dah habis ! Dasyat kan? 

nasi lemak cik bedah, nasi lemak paru sedap, nasi lemak murah, nasi lemak jenjarom, nasi lemak murah jenjarom,

Nasi Lemak Murah di Jenjarom


Kebanyakan pelanggan nasi lemak Cik Bedah adalah pelanggan setia yang sudah jatuh hati dengan keenakan nasi lemaknya. Bukan sahaja sedap, malah murah dan banyak ! Sangat puas hati hokayy.  Selain nasi lemak, ada juga bihun goreng, mee goreng, nasi goreng dan pelbagai jenis kuih. Antara kuih faveret CN di gerai nasi lemak Cik Bedah adalah karipap sardin yang penuh dengan inti karipap selain kuih getas yang menjadi rebutan antara CN dan Encik Suami ! Hehehe..

Lokasi Kedai Nasi Lemak Cik Bedah




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Mya Farisha
admin
17 November 2017 at 12:17 ×

ala, menggodanya bila tengok time tengah lapar ni .

Reply
avatar

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda. ConversionConversion EmoticonEmoticon