PT3 Geografi : Peta lakar & mentafsir peta lakar

July 10, 2018

Peta lakar & mentafsir peta lakar | Untuk PT3 Geografi 2018, pelajar dikehendaki untuk menghasilkan peta lakar di kawasan sekitar tempat tinggal/sekolah. Peta lakar merupakan peta yang dilukis berasaskan peta topografi. Peta lakar yang dilukis mestilah menunjukkan ciri-ciri geografi iaitu pandang darat fizikal dan pandang darat budaya.


pt3 geografi, kerja kursus geografi 2018, pt3 geografi, pt3 2018, pt3 geografi 2018, peta lakar
PT3 Geografi : Peta lakar & mentafsir peta lakar

Contoh peta lakar


Untuk peta lakar, pelajar mesti menghasilkan satu draf peta lakar untuk bahagian Proses Awal dan satu peta lakar untuk bahagian Laporan Akhir. 


Peta Lakar haruslah mempunyai perkara berikut :

>> Tajuk
>> Simbol peta topografi
>> Petunjuk
>> Arah mata angin
>> Bingkai/frame

Jumlah markah untuk peta lakar adalah 12 markah. Peta lakar yang dilukis mestilah betul, relevan dan lengkap.

Berikut merupakan contoh peta lakar yang dilukis berasaskan peta topografi hasil perkongsian dari Cikgu Zahari.


pt3 geografi, pt3 2017, pt3 geografi 2017, peta lakar
Contoh peta lakar

Tafsiran Peta Lakar


Selepas menghasilkan peta lakar, pelajar dikehendaki untuk mentafsir guna tanah yang terdapat di kawasan kajian berdasarkan peta lakar. Tafsiran peta lakar yang lengkap, tepat dan relevan  akan diberi markah penuh iaitu 8 markah. 



SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2018





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.