Syoknya anak-anak dapat buku Rasa Sayang

July 29, 2018

Buku Rasa Rayang | CN memang suka anak-anak sukakan buku. Pelbagai buku ada dalam koleksi Irfan & Dhia Zahra. Terbaru adalah buku Rasa Sayang yang bukan sahaja mempunyai fungsi lagu, malah boleh rekod dan play lagu nyanyian kita. Memang best ! Buku Rasa Sayang ini menggunakan bateri AAA untuk berfungsi. Anak-anak CN bukan sahaja terhibur dengan lagu dari buku Rasa Sayang ini, malah boleh turut membaca lirik pada buku yang disediakan pakej ilustrasi yang sangat menarik. 

buku berlagu, buku rasa sayang, harga buku rasa sayang, buku unik, buku lagu,
Irfan & Dhia Zahra sukakan buku Rasa Sayang


3 fungsi menarik pada buku Rasa Sayang


Terdapat 3 fungsi buku Rasa Sayang ini yang pasti berbaloi untuk dimiliki iaitu sebagai bacaan, nyanyian & rekod. Ada 4 mode pada buku Rasa Sayang ini iaitu :

1. PLAY
: Anda boleh tekan PLAY button untuk mendengar lagu sedia ada. Agak old school nyanyiannya tapi comel. Jika tidak suka dengan suara old school pada buku ini, anda boleh nyanyi sendiri untuk anak-anak menggunakan button RECORD. 

2. RECORD
: Kegemaran anak-anak CN. Dengan RECORD button, anda boleh rekod nyanyian dengan mengikut minus 1 yang disediakan. Best tau. Irfan suka sangat button ini sebab dia perasan suara dia sedap ! 

buku berlagu, buku rasa sayang, harga buku rasa sayang, buku unik, buku lagu,
4 mode pada buku Rasa Sayang


3. PLAY RECORDING
: Klik button PLAY RECORDING untuk mendengar semula nyanyian anda yang merdu tu.

4. OFF
: Jika tak nak guna apa-apa, cuma tekan OFF button untuk jimat bateri. 

buku berlagu, buku rasa sayang, harga buku rasa sayang, buku unik, buku lagu,

7 Jenis Lagu Menarik Di Dalam Buku Rasa Sayang


Terdapat 7 jenis lagu yang menarik & biasa didengar dalam buku Rasa Sayang ini iaitu
>> Rasa Sayang
>> Chan Mali Chan
>> Burung Kakak Tua
>> Anak Itik Tokwi
>> Lenggang Kangkung
>> Bengawan Solo
>> Gelang Sipaku Gelang

Sambil anak-anak berhibur dengan lagu yang menarik, dalam masa yang sama turut memperkenalkan kepada anak-anak lagu lama yang masih sedap didengar. Asyik kpop je kan, biarlah anak-anak ini belajar lagu lama yang juga sedap di halwa telinga. 

buku berlagu, buku rasa sayang, harga buku rasa sayang, buku unik, buku lagu,
Buku Rasa Sayang dengan ilustrasi yang menarik

Harga Buku Rasa Sayang


Harga buku Rasa Sayang ini cuma RM79.00. Anda boleh membeli di lamanweb rasmi iaitu >> https://bababaa-my.myshopify.com

Maklumat lanjut atau promosi layari media social BaBa Baa iaitu 



buku berlagu, buku rasa sayang, harga buku rasa sayang, buku unik, buku lagu,


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

4 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.