Resepi Semperit Susu Sukatan Cawan

May 31, 2019

Resepi Semperit Susu Sukatan Cawan | Biskut semperit susu yang cuma berwarna kuning dan hiasan hirisan ceri di tengahnya kini berevolusi dengan pelbagai design yang pasti unik dan menarik. Ada pelbagai design untuk semperit susu yang masih menggunakan bahan yang sama. Cuma hiasannya bertukar dari ceri ke manik-manik berwarna-warni. Terpulang kepada kreativiti anda. Disini CN kongsikan resepi semperit susu yang berwarna-warni ini. Selamat mencuba. 

Resepi Semperit Susu


resepi, semperit susu, resepi semperit susu, bahan membuat semperit susu, cara membuat semperit susu, corak semperit susu
Corak semperit susu yang menarik


Bahan membuat semperit susu


>> 250 grm buterrcup
>> 1 cawan susu pekat manis
>> 1 tutup esen vanilla
>> 400gm ++ tepung jagung.
>> 3 sudu besar tepung kastard

Cara membuat semperit susu


1) Butter dan susu di gaul mesra dengan senduk.
2) Masukkan esen vanilla gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama.
3) Masukkan tepung kastard dan tepung jagung sedikit-sedikit hingga dapat doh yang lembut dan tidak melekat ditangan.
4) Bahagikan kepada 2 bahagian untnk diwarnakan ikut warna kesukaan
5) Terap dan rehat kan 10-15 dibawah kipas kemudian bakar 160°c 30-35 minit api atas bawah dan suhu ikut oven masing-masing.


Selamat mencuba resepi ringkas semperit susu.





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. macam ok jer ni kalau nak buat kuih raya tahun ni... terima kasih yerr...

    seo

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak nampak kuih semperit macam ni

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.