Antabax dan KPJ Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan

November 05, 2019

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pencegahan dan kawalan terhadap jangkitan perlu untuk kekal sihat. Di seluruh dunia, seramai 30,000 wanita dan bayi maut setiap tahun akibat jangkitan yang biasanya disebabkan oleh kekurangan air, sanitasi dan amalan membasuh tangan yang tidak sempurna. 

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC), kira-kira 80 peratus penyakit berjangkit disebarkan menerusi sentuhan. Kanak-kanak perlu dididik mengenai kebersihan untuk mengurangkan risiko mereka menyebar dan mendapat penyakit berjangkit daripada batuk, selsema, Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut, Influenza serta banyak lagi.

antabax, kpj ampang puteri, kebersihan tangan, sabun pencuci antabax, sabun pencuci tangan antabax


Membawakan kempen Antabax Always Be Clean (ABC) for Health kepada murid pra-sekolah di Ampang untuk meningkatkan kesedaran mengenai aspek jangkitan, pencegahan dan kawalan 


Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan Antabax, jenama rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal nombor satu menjalin kerjasama untuk mengadakan kempen demi meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah di kawasan Ampang.

Kempen dengan tema Antabax Always Be Clean (ABC) for Health yang bermula dari Oktober hingga November ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah.

antabax, kpj ampang puteri, kebersihan tangan, sabun pencuci antabax, sabun pencuci tangan antabax

Enam buah sekolah di Ampang dengan anggaran 600 orang murid dan ibu bapa dijangka mengambil bahagian dalam bengkel amali yang dijalankan oleh pasukan perubatan profesional KPJ Ampang Puteri. Ia memberi fokus kepada langkah-langkah membasuh dan membersihkan tangan dengan betul.

antabax, kpj ampang puteri, kebersihan tangan, sabun pencuci antabax, sabun pencuci tangan antabax
  
Antabax pula menyumbangkan produk-produk seperti krim mandian, sabun tangan dan pembersih tangan kepada murid serta guru.

“Kami percaya bahawa mendidik tabiat kesihatan yang baik perlu bermula dari usia muda. Objektif kami menerusi acara ini adalah untuk mencipta satu budaya dalam kalangan kanak-kanak dan berharap apa yang dipelajari hari ini akan diamalkan sepanjang hidup mereka. Ini merupakan sebahagian daripada program jangkauan komuniti dan kami berbangga kerana Antabax turut sama dalam usaha ini dengan menyediakan produk-produknya,” kata Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dato Dr Abdul Wahab Abdul Ghani.

antabax, kpj ampang puteri, kebersihan tangan, sabun pencuci antabax, sabun pencuci tangan antabax 

Pengurus Kanan Produk Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mandy Lee memberitahu jenama ini komited untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan masyarakat melalui program interaktif.

“Antabax mendidik tentang amalan kebersihan yang baik menerusi pelbagai kempen yang kreatif. Kami dapati asas mengenai amalan kebersihan perlu dipupuk sejak kecil kerana kanak-kanak ini akan mengamalkannya sehingga mereka dewasa. Kempen Antabax Always Be Clean (ABC) for Health dibangunkan untuk membuatkan konsep kebersihan tangan lebih mudah buat kanak-kanak, terutama kenapa dan bagaimana mereka patut membasuh tangan. Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan KPJ Healthcare serta melibatkan pelatih dan jururawat mereka untuk sama-sama mendidik kanak-kanak tentang teknik membasuh tangan yang betul,” kata Mandy Lee.

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. Ini menunjukkan masih ramai orang tak ambil berat pasal kebersihan tangan.

    ReplyDelete
  2. This is a great article thanks for sharing this informative information. I will visit your blog regularly for some latest post. See Instagram photos and videos from 'Pictame' hashtag.

    ReplyDelete
  3. bagus sangat program basuh tangan. kadang orang ingat basuh tangan time nak makan ja :D

    ReplyDelete
  4. Great post but I was wondering if you could write a little more on this subject? I’d be very thankful if you could elaborate a little bit further. Using the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pikdo right now!

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.