Hah, ini dia cucu perempuan Haji Talib, ayah CN iaitu kakak Aqilah Firzanah & Dhia Zahra. Haji Talib ni ada 5 orang anak perempuan dan cucu perempuannya setakat ini baru 2 orang. Tunggu la 3 anak dara dia kahwin ye. Cucu perempuan Haji Talib ni kuat melaram tau, tengok la mak-maknya dan makcik-makciknya. Ini antara gambar cucu perempuan Haji Talib yang sempat dirakam. Cute kan?
Cucu perempuan Haji Talib |
Dhia Zahra & Aqilah Firzanah |
Dhia Zahra & Aqilah Firzanah sedondon berpeplum |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Seronok bila tengok anak-anak aktif sihat dan cergas. Bila budak-budak ni aktif, sudah tentu sel-sel otak mereka aktif berhubung. Lagi-lagi bila melibatkan aktiviti yang memerlukan kecergasan kognitif dan psychomotor seperti bermain di Dreamworld Playland. Disini kanak-kanak bukan sahaja perlu cergas psychomotor, tapi memerlukan kecerdasan kognitif kerana di sini terdapat pelbagai permainan yang memerlukan anak-anak ini menggabungkan kedua-dua kemahiran tersebut. Jika anda mempunyai kelapangan dan bajet yang lebih, apa kata bawak anak anda bermain disini. Ia satu pembelajaran luar bilik darjah yang sangat bernilai untuk kanak-kanak.
Ada macam-macam lagi video menarik anak-anak CN bermain di Dreaworld Playland IOI City Mall. Anda boleh lihat di channel youtube CN >> Cekgu Norazimah. Jangan lupa suscribe tau !
Ada macam-macam lagi video menarik anak-anak CN bermain di Dreaworld Playland IOI City Mall. Anda boleh lihat di channel youtube CN >> Cekgu Norazimah. Jangan lupa suscribe tau !
Video keletah Dhia Zahra di Dreamworld Playland IOI City Mall
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Atuk Idun yang glamer di Kampung Jenjarom ni mempunyai 3 orang cucu perempuan tau. Irfan Hensem merupakan cucu sulung dan cucu lelaki tunggal setakat ini. Lagi 3 orang merupakan cucu perempuan di mana satu dari Encik Suami, anak sulung atuk Idun dan 2 orang lagi dari adik Encik Suami. Cucu kedua iaitu Atiyah berumur 2 tahun diikuti Dhia Zahra setahun lebih dan Aira 8 bulan. Comel-comel kan cucu perempuan atuk Idun? Hehehe..
Dari kiri Atiyah, Dhia Zahra & Aira |
Cucu perempuan atuk Idun |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Hah, jangan tak tahu. Weekend lepas bila CN pergi event ditemani Encik Suami, Irfan Hensem ikut atuk pergi kenduri kahwin di Pahang manakala Dhia Zahra pulak ikut An Nyah (Makngah Miza) pergi jalan-jalan. Kenapa jadi bunyi An Nyah? Ni sebutan dari Dhia Zahra, comel je kan dia sebut An Nyah? Hehe..
Comel tak Dhia Zahra di apit abang Afiq & kakak Qila? |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~