Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall | Cuti baru-baru ni CN berkesempatan makan besaq bersama keluarga serta family adik CN di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya. Sesekali makan besaq memang best lagi-lagi sudah berjanji dengan anak-anak untuk membawa mereka makan sedap di IOI City Mall. Jika anda mencari tempat makan best & happening di IOI City Mall, bolehlah cuba ke Pak John Steamboat & BBQ. Memang best !
Pak John Steamboat & BBQ-Tempat makan best IOI City Mall |
Pelbagai Menu Menarik di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya
Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall ni terletak di ground floor bahagian luar mengadap tasik. Memang jenuh mencari pada mulanya, tapi bila sampai je. Wah! Tempatnya luas boleh makan di dalam restoren atau di luar. Paling teruja sudah tentu dengan pelbagai menu steamboat & bbq. Teruja sangat tau!
Pak John Steamboat & BBQ-Tempat makan best IOI City Mall |
Disini ditawarkan 4 pilihan sup, CN sudah tentu memilih tomyam manakala untuk anak-anak sedara yang tak berapa makan pedas, pilihan paling sesuai adalah sup. Well, tomyamnya memang superb! Pedas & pekat. Rasa berasap je mulut. Sup pulak manis bila ditambah ketam dalam rebusan, sedap hokay!
Pelbagai pilihan sup |
Paling CN suka di Pak John Steamboat & BBQ adalah lebih 10 jenis sos pencicah yang pasti buat anda keliru nak cuba yang mana satu. Nampak sos warna hijau dalam gambar di bawah? Pedas giler hokay! Berasap mulut CN! Tapi sedap!
Pelbagai pilihan sos pencicah |
Pilihan untuk steamboat & bbq memang banyak disini. Mee juga ada banyak jenis. Rasa nak cuba semua tapi tak boleh sebab perut tak berapa besar. Perapan untuk bbq memang sedap!. Mesti cuba!
Pelbagai pilihan bahan untuk steamboat & bbq |
Hokay, kalau anda mencari nasi, jangan risau kerana ada nasi putih disini. Nasi goreng pun ada ye. Siap pakej pelbagai pilihan sayur & lauk pulak. Makanan goreng pun banyak. Sementara tunggu steamboat masak, boleh lah bagi anak-anak yang kelaparan makan makanan goreng-goreng ni dulu.
Aneka pilihan makanan buffet di Pak John Steamboat & BBQ |
Aneka Pemanis Mulut di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall
Untuk orang yang suka makan makanan manis macam CN ni, memang bahagia makan di sini tau. Ada pelbagai jenis aiskrim, kek, serta bubur & koktail. Paling best anda boleh order waffle hokay. Bahagia je makan waffle panas-panas lepas kenyang dengan pelbagai makanan berat. Air disini juga ada pelbagai jenis dari yang panas ke sejuk tau. Kalah makan dekat hotel hokay. Memang best lah !
Aneka pilihan dessert |
Aneka perisa aiskrim |
Pelbagai pilihan air panas & sejuk |
Ada juga dimsum & daging premium yang boleh request di kaunter. Percuma je termasuk dalam harga buffet anda tu |
Waffle chocolate + peanut butter siap! |
Muka happy dapat makan waffle sedap |
Bila dah kenyang tu boleh lah bergambar hokay ! Happy kan muka kami setelah kekenyangan ?
We LOVE Pak John katanya, tengok Irfan sempat mengunyah lagi! |
Happy kan muka bebudak ni dah makan sedap di Pak John Steamboat & BBQ |
Gambar terlebih flash katanya ni. Berkilat-kilat muka tu lepas penat 'memasak'! Hehehe |
Muka happy kekenyangan ! |
Harga Pak John Steamboat IOI City Mall
Harga disini tidak lah mahal sangat. Lagi berbaloi jika anda lunch iaitu cuma RM32.90 pada weekday. Manakala dinner cuma RM42.90 setiap hari termasuk weekend & public holiday. Paling best, kanak-kanak bawah 5 tahun adalah PERCUMA ! Nak tahu promosi lain, boleh lah layari :
Lamanweb : http://www.pakjohn.com/
Instagram : https://www.instagram.com/pakjohnsteamboatbbq/
Facebook : https://www.facebook.com/pakjohn.ytf/
Harga Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall |
Lokasi Pak John Steamboat IOI City Mall Putrajaya
Pak John Steamboat
Lot GE-11, Ground Floor,
IOI City Mall Putrajaya
Putrajaya
03-8957 1128
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Batiste Dry Shampoo | Pernah dengar shampoo kering? Hah, UK's number 1 dry shampoo in da house! First time tau CN dengar tentang shampoo kering ni. Maksudnya, anda shampoo rambut tanpa air. Cuma spray-spray je dan urut-urut kulit kepala, setle! Sangat sesuai dibawa ketika travel, yela penat jalan-jalan rambut mesti berkepam kan. Nak shampoo rambut takut tak sempat kering sebab sibuk nak berjalan, jadi Batiste Dry Shampoo lah penyelasaiannya.
Batiste dry shampoo - Spray je! |
Batiste Dry Shampoo - Instant Hair Refresh
Sebut je instant, mestilah segera bukan? Begitu juga dengan Batiste Dry Shampoo ini. Kini rambut anda boleh kekal segar & wangi tanpa membasuh dengan air hanya dengan Batiste Dry Shampoo. Terdapat dalam 5 pilihan iaitu Clean&Classic Original, Divine Dark, Floral&Flirty Blush, Fruity&Cheeky Cherry & Show-Stopping Heavenly Volume.
Batiste Dry Shampoo - Show-Stopping Heavenly Volume |
Batiste Dry Shampoo - Fruity&Cheeky Cherry |
Batiste Dry Shampoo - Floral&Flirty Blush |
Batiste Dry Shampoo - Divine Dark |
Batiste Dry Shampoo - Clean&Classic Original |
Cara Guna Spray Batiste Hair Refresh
Cara guna Batiste Dry Shampoo ini sangat senang.
1. Goncang tin spray dulu, selak rambut & spray pada akar rambut.
2. Urut-urut rambut bagi sebati.
3. Sikat rambut & style kan je.
CN suka dengan Batiste Dry Shampoo ni ! |
Berminat untuk mencuba Batiste Dry Shampoo?
Layari Facebook & Instagram untuk maklumat lanjut.
Facebook : Batiste Dry Shampoo Malaysia
Instagram : @officialbatistemalaysia
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~