Gambar GOOGLE
" Kuncilah pintu-pintu kalian & sebutlah nama Allah (dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya Syaitan tidak dapat membuka pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah). Ikatlah kantong-kantong air kalian dan sebutlah nama Allah, tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah, walaupun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya. "
[ Shahih Muslim, no: 3756/2012 ]
Assalamualaikum..
Angin Monsun Timur Laut yang melanda Pantai Timur dan menyebabkan banjir di sesetengah tempat turut melanda Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Semalam sahaja, hujan turun sepanjang hari menyebabkan CN dan ramai lagi orang dijangkiti virus Influenza. Irfan lagi dasyat, bukan sahaja selsema tapi turut disertai batuk yang teruk !
Disebabkan Irfan pernah Pneumonia, CN jadi takut bila Irfan batuk. Masa Irfan admit di Hospital TAR Klang sebab Pneumonia, doktor pernah bagitau CN perbezaan antara batuk biasa dengan batuk semput. Jika anak kecil anda batuk semput/sukar bernafas, anda perlu lihat 3 Tanda berikut :
4 Perkara Penting Tentang Penyimpanan Susu Ibu
Salam mesra..
Entry CN di SINI tentang breastpump mendapat carian antara tertinggi dalam blog ni. Jadi CN bersukahati berkongsi dengan anda semua tentang cara penyimpanan susu ibu yang betul berdasarkan rujukan CN kepada beberapa orang Pakar Laktasi di Malaysia.
1. Bekas untuk menyimpan susu ibu tak perlu disteril. Ia hanya perlu dibasuh di dalam air sabun dan dibilas ataupun anda boleh mencucinya di dalam mesin pencuci pinggan. Jika tiada sabun, anda boleh menggunakan air mendidih untuk mencucinya.
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 37/2013
Imbuhan tahunan ATAU Bonus dibayar pada 2 Januari 2014.
[ Alhamdulillah, rezeki, siapa nk bagi kan? Hehehe ]
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
PBS merupakan isu hangat yang mesti diambil PERHATIAN oleh pihak Lembaga Peperiksaan, KPM dan mana2 badan berkaitan untuk di'perbaiki' sebab kalau dimansuhkan agak membazir disitu sebab dah beribu-ribu RM habis untuk sistem ini.
CN taknak komen banyak sebab kalau terlebih komen, ada pula yang akan mengadap Bahagian Tatatertib ! Hehehe
Jadi, CN cuma nk mengajak anda semua untuk LIKE page Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan supaya sistem PBS ini boleh diperbaiki untuk masa depan anak-anak kita semua. InsyaAllah..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Alkisah, CN telah berjaya dalam pertukaran guru Sesi Januari 2014 dan sebelum tu CN telah berniat untuk menyembelih seekor lembu dan dibuat kenduri doa selamat. Jadi, niat CN tu dikira NAZAR dan CN WAJIB menunaikannya. InsyaAllah, tak ada aral melintang, bulan Februari ni jemputlah datang ke rumah mertua di Jenjarom untuk kenduri doa selamat (nazar) merangkap kenduri kahwin adik ipar CN yang kedua.
Rahsia CN kat banner ni.. KLIK la ..
Jika berminat, PM CN laju-laju dekat facebook yer..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
CN percaya ramai pembaca mempunyai kepentingan masing-masing ketika mengambil peperiksaan SPM. Disini CN berkongsi dengan anda semua 5 Kepentingan Peperiksaan SPM hasil dari kajian dan kebosanan CN ketika mengawas SPM..ahaks ~
1. Menentukan halatuju untuk melanjutkan pelajaran
: Terpulang kepada keputusan SPM masing2, kalau result bagus boleh terus sambung ke Matrikulasi dan degree, umur tak sampai 23 dah keje dan ada gaji beso !
: Kalau result biasa2, kena lalu jalan panjang sikit la sama ada amik STPM or diploma, semua bergantung kepada result SPM anda.
CN tak tahu nak cakap macam mana, terharu sangat !
Mengalir airmata setelah 7 kali minta, kali ni berjaya ! Terima kasih kepada semua kerana sentiasa mendoakan CN...
Alhamdulillah ..
Salam mesra..
Terima kasih atau dalam bahasa inggerisnya Thank You merupakan 2 patah perkataan yang amat bermakna tapi sering diabaikan oleh kita. Walaupun cuma 2 patah perkataan, tapi amat berat untuk disebut atas faktor EGO & mungkin MALAS! CN bukan tujukan kepada orang lain, tetapi kepada diri sendiri sebab faktor MALAS & beranggapan bahawa mengucapkan Terima kasih adalah perkara yang REMEH.
Tempat menarik di Banting
Salam mesra..
Sebagai DUTA PELANCONGAN KUALA LANGAT tidak rasmi (pelantikan sendiri bajet comel..hehe), CN sukacita mengajak anda semua ke Kuala Langat untuk bercuti & beristirehat sempena cuti sekolah ini. Banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Tapi CN cuma senaraikan 5 tempat sahaja supaya anda tidak pening kepala memikirkan tempat yang banyak sangat nak pegi..hehe
1. Gold Coast Morib (GCM)
: CN pernah pegi theme park GCM ni, kecik jer, tapi best dan tak payah nak penat2 berjalan jauh. Pemakaian pon best, cuma ada 1 game tu yang anda perlu pakai baju swimming untuk main, yang lain ikut suka hati ! Yela, kiter ni mana ada duit banyak2 nk beli baju swimming muslimah yang mahal tu, bukan hari2 swimming pon..hehe
2. Bukit Jugra
: Menyajikan pemandangan yang indah dari atas bukit. Anda boleh lihat pemandangan yang hijau, boleh nampak Pulau Carey, Pantai Morib & Pantai Kelanang dari atas bukit. Kat sini gak ada rumah api untuk anda bergambo. Aktiviti yang paling glamer di sini adalah PARAGLIDING. Tak silap CN bayaran untuk paragliding ni RM200, kenapa mahal ? Sebab cover insuran & dapat sijil. Yela, manalah tahu kot2 tengah kat atas tu, tiba2 ada masalah teknikal, habis jatuh mati katak ! Ops ! CN tak berani nk try, takott..hehe
3. Pantai Morib & Pantai Kelanang
: Dalam entry SINI & SINI, menunjukkan betapa Pantai Morib merupakan tempat kegemaran CN untuk bersantai. Bukan tempat bermandi-manda, cukuplah menyedut udara laut yang segar sambil mengejar Irfan yang suka berlari2..hehe. Gambo wedding CN pun di amik di sini tau berlatar belakang kan pokok bakau .. so kepada bakal pengantin baru, bolehlah amik gambo kahwin pakai kebaya purple sambil panjat pokok bakau ! Kelass kau jahh !
4. Homestay
: Ada banyak homestay di Kuala Langat, yang paling glamer & best adalah Homestay Kampung Endah. Kenapa kat sini paling best berbanding tempat lain? Sebab Kampung Endah adalah kampung encik hubby ! Hehehe.. tapi serius tau, kampung ni cantik dan tersusun. Bersih dan penduduk peramah2 belaka. Kampung Endah ni dekat jer dengan Pantai Morib. Selain Kampung Endah, ada gak homestay di Kanchong Darat, Batu Laut, Sungai Lang dan banyak lagi !
5. Aneka Kilang Kerepek
: Kat Banting ni memang glamer dengan kilang kerepek. Ramai kawan2 dari KL sanggup turun ke Banting semata-mata untuk shoping kerepek & menjalankan business kerepek di tempat kerja ! Ahaks.. Tapi secara personal, CN paling suka kilang kerepek Jaez yang terletak di Kampung Sungai Kelambu. Sebab masuk jer dalam kedai dia yang beso ni, terus pening kepala nak beli yang mana satu. Bukan sahaja pelbagai jenis kerepek dijual disini, tapi pelbagai jenis asam, air bikarbonat dan macam2 lagi.
CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.
Salam mesra..
Sememangnya orang pompuan ni ada pelbagai jenis kasut. Tapi tahukah anda setiap kasut mempunyai pelbagai nama? CN cuba ungkaikan persoalan anda dengan senarai di bawah beserta gambar dari GOOGLE supaya anda lebih memahami kasut pompuan...
1. Angkle boots
JOM Zikir !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Topik yang ingin CN bincangkan dalam entry kali ini adalah mengenai CIKGU KESAYANGAN ANDA, huraikan tidak melebihi 300 patah perkataan. Chewah ! Dah macam cikgu BM pulak! Hehehe
Hokay, CN cuma pilih 5 orang cikgu sahaja sebab dorang ni betul2 melekat di hati CN sampai sekarang. Sebab dorang gak menjadikan CN cikgu Math, ICT & Geografi.
Salam mesra..
CN rasa terbuka hati untuk berkongsi dengan anda semua tentang pelbagai akronim dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Sebenarnyakan disebabkan terlalu BOSAN masa jadi pengawas SPM, tu yang dapat fikir benda yang melambak2 ni, dasyat tak ? Hehehe
Untuk cikgu2 baru, lebih baik u all HAFAL akronim2 ni sebab we all cikgu2 konon senior tak sebut nama panjang2 ni, semua dipendekkan ! Ahaks~
Untuk cikgu2 baru, lebih baik u all HAFAL akronim2 ni sebab we all cikgu2 konon senior tak sebut nama panjang2 ni, semua dipendekkan ! Ahaks~
Setakat harini, ini sahaja yang mampu CN fikirkan, kalau u all ada lagi akronim yang CN tertinggal & jika ada tersilap akronim, sila tinggalkan komen yer untuk CN update. Terima kasih ~
Salam mesra..
Kenal tak mamat korea kat gambo ni? Inilah NOMAD penyanyi lagu TETAP MENANTIMU. Ala..lagu tema cerita Mr. Arrogant tu ! Serius CN tak tahu pun penyanyi lagu cerita ni...memang ketingggalan zaman betul CN ni ! Orang lain dah kenal lama Nomad ni, CN baru jer tahu, tak sangka lak sebijik macam mamat korea..fuhh ! Memang comel ! Hehehe
Jom layanz lagu dari NOMAD ni yer .. wink!
" Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :
- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar. "
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
AYAM GORENG AYAMAS TELUR MASIN
Salam mesra...
Sempena cuti yang banyak ni walaupun kena jaga SPM, banyak projek dalam perancangan CN. Antaranya adalah PROJEK MEMASAK CN di mana CN nak masak masakan yang CN tak pernah masak ! Masakan pertama adalah AYAM GORENG AYAMAS TELUR MASIN.
Hokay, sebenarnya biasa orang buat ketam goreng telur masin atau udang goreng telur masin. Tapi disebabkan masa tu kat rumah takde ketam or udang, yang ada ayam goreng instant AYAMAS dan telur masin yang melambak, CN pon google ler resepi. Rupa2nya simple sangat nk buat. Semudah A, B & C !
Betul ke ni ? CN lambat lagi , kena tunggu lah nk tgk macam mana ! Hehehe
Tapi yang FAKTA adalah wanita CANTIK SEMPURNA selepas mendirikan rumah tangga !
Tak percaya ? Cuba tengok gambo sebelum & selepas kahwin ? Walaupun ada lemak2 yang tak dijemput, tapi still gojes & anggun !
Ahakss ~
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
CN tak berapa sihat ni, pening kepala duk tengok lappy. So CN cuma berkongsi dengan anda semua aksi2 comey budak tak berapa bambam berjalan2 di rumah atuk di Jenjarom yer ......
Weeee
Salam mesra..
Semenjak 2 menjak ni emosi CN agak tidak stabil sebab 'diserang jepun' ! Asyik nk marah, cepat melenting, jenuh gak kontrol perasaan ni, at the end, duk diam2 layan lagu. CN skarang duk addict lagu dari Cakra Khan ni, BEST sangat ! Jom layanzz...
Warong SOTO Pasir Penambang
Salam mesra..
Seperti yang telah dijanjikan dalam entry SINI. CN akan bercerita mengenai tempat makan best di Tanjung Karang. On the way balik dari Trolak, CN n family singgah Gedangsa melawat sedara. Lepastu MESTI singgah ke Warong Soto Pasir Penambang. Kali pertama CN makan kat sini masa balik trip dari Pangkor. Terus jatuh cinta dengan SOTO dia yang memang sedap ! Kalau u all dari Utara, Warong Soto ni dekat kiri u all tau. Mula2 akan nampak signboard Tanjung Karang, hah ! Tak jauh la tu..hehe
Tempat makan ni betul2 tepi jalan besar dekat ngn simpang jalan. Ada banyak parking memudahkan customer untuk park. Ada surau & toilet lagi untuk customer tau ! Kalau ke sini MESTI order soto tau ! CN order SOTO special di mana ada begedil (bebola kentang) yang sedap & ayam goreng yang beso ! Memang kenyang ! Adik ipar CN yang 'bulat' tu pon tak leh habiskan tau ! Irfan mmg suka soto kat sini sampai berketul2 nasi himpit dibelasahnya ! Heheheh
cerita cikgu
9/2013 : Surat Pekeliling Tentang Pemakaian Bagi Pegawai Awam Wanita Semasa Bekerja
November 08, 2013
Salam mesra..
Berita baik kepada pegawai2 awam WANITA !
Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2013,... pegawai2 awam wanita boleh memakai pants semasa bekerja atau menghadiri upacara rasmi kecuali upacara tersebut telah menetapkan pakaian tertentu.
TAPI..TAPI.. untuk cikgu2, CN tak berapa pasti boleh ke tak ikut pekeliling ni, macam pelik lak mengajar pakai slack kn? Kalau pegi meeting/kursus ok la kot. Apa2 semua bergantung kepada guru besar/pengetua.
Contoh seperti dalam lampiran surat tersebut :
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
Bagi pembaca setia blog CN, pasti sudah faham maksud kondangan kan? Hokay, kondangan dalam bahasa jawa kalau ditranslate ke bahasa melayu bermaksud kenduri kahwin. Musim cuti sekolah ni terlalu banyak lah undangan ke majlis kahwin @ kondangan sampai CN tak menang perut nk memenuhi jemputan...hehehe
Hokay, nak cerita cikit CN ada saudara yang tinggal di Trolak, Perak. Paksu iaitu adik ayah CN. Trolak ni kawasan FELDA. So jalan ke sana memang berbelit2 dan berbukit2. CN yang dah banyak kali ke sana pon tak ingat jalan ! Anak paksu nombor 2 si Shiela kawen, so kitorang 1 family ke sana la dari pagi. Dari Banting, we all masuk SKVE dekat Teluk Panglima Garang tu sampai Saujana Putra dan terus ke PLUS menghala ke Utara. Kalau nk ke Trolak dari Selatan,senang exit dekat Slim River. Kalau u all dari Utara, better exit dekat Sungkai.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam sebab duk stop2 beli makanan la, pegi toilet la, tunggu adik la sebab tak ingat jln, termasuk 20 minit jer dalam kawasan FELDA duk cari rumah paksu ! Cian Mr. Hubby penat drive, selamat keta auto, kalau manual confirm membebel syayangs CN sorang tu, hehehe
Majlis kawen Sheila ni simple. Tapi yang best dapat jumpa sedara yang lama tak jumpa. Almaklumla, CN ni duk merantau, mmg susah la nk jumpa sedara belah ayah yang majoriti duk kat Perak, Penang & Kedah. Sheila haritu mmg gojes dgn dress biru light+pink. Sebab Irfan boleh tidur dengan nyenyaknya masa Sheila bersanding, so CN tak ada la bergambo dengan pengantin. CN cuma nak mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Sheila & Ijoy, semoga kekal hingga ke jannah !
Hokay la, kalau cerita panjang2 mesti bosan kan? So korang layanz jela gambo2 yang tak berapa comel ni. Lain entry CN akan cerita tentang kedai makan best di Tanjung Karang, tempat kitorang singgah masa on the way balik dari Trolak.
Irfan tunjuk 'skill' dalam keta..sabo jela
Meh mama pujuk sikit ! Syayang dia !
Ayah kat depan tu kusyuk jer..hehe
Macam COMEL jer..macam HENSEM jer..hehe
Irfan bersama Mak Uda & Opah..ini budak keje dia duk ke depan la, belakang la, selamat keta kecik, kalau beso taktahu ler mcm mana, boleh main kejar2 rasanya !!
Mama2 berposing sebelum berpanas ketiak kejar anak2 ! Ahaks~
Posing atas pelamin, Irfan dah comot makan tembikai ! Habis tak hensem daa....
Nur Aqila Firzana & Muhammad Irfan
Budak comot seronok main lompat2 atas pelamin !
Duk cari geng laki2 pegi mana, rupanya duk melepak amik angin
"Jalan ke kubur"..signboard depan umah mak mertua paksu..huhuhu
Adoyai..EA tak sporting, berposing ler duduk bercinggung..nampak CN demok disitu..ahaks~
Aqila buat muka ! Omel sangat la tu !
Otai2 dari Parit Buntar, dari kiri Pakcik On, Paklang Kob, AYAH hensem & Pakndak Latif
Kitorang bersama AYAH hensem ! hahahah
AYAH2 hensem tak ada gigi ! Masing2 senyum taknak tunjuk gigi ! Hehehehe
Geng kompang kampung ada mokcik2 tau ! salute la..
Pengantin baru SHEILA & IJOY .. semoga kekal hingga ke jannah !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~