Cikgu Norazimah ada HATERS ! Caya lah !

August 06, 2013

[ Gambar lama bertarikh 3 Julai 2010 : Hari Bertemu Pelanggan ]

Salam Ramadhan..

Mesti ramai orang duk sibuk prepare persiapan raya kan? Cikgu Norazimah dalam takmo beraya feeling sedey kot raya mak mertua dah takde pon 'terbeli' 5 pasang baju raya ! Apa kes ? Hehe..

Hokay..kembali ke tajuk di atas. Lumrah bagi wanita berkerjaya terpaksa menguruskan anak2 dan hal rumah dan dalam masa yang sama mempunyai bebanan tugas yang melambak di tempat keje. Lagi2 cikgu ! Asal siap je keje, ada je keje baru menanti. Bak cakap Kak Su (housemate), KEJE TAKKAN PERNAH HABIS ! Tak kira la anda cikgu geografi ker, cikgu math ker, cikgu pj ker, kaunselor ker, semua ada keje masing2. Tak perlulah menuding jari dekat orang tu cakap dia takde keje..tak patut tau !

Kes ni terjadi dekat Cikgu Norazimah sendiri. Agak terkilan bila orang lain cakap Cikgu Norazimah takde keje sebab asal datang ke meja Cikgu Norazimah, duk tengok duk main CANDY CRUSH ! Helloooo !! Main game ni untuk melepaskan tekanan duk mengadap laptop yer. Kalau asyik mengadap keje, memang stress ! Jadi apa salahnya berehat kejab main game. Even BOS pon tak kisah yer Cikgu Norazimah main CANDY CRUSH sebab dia tahu keje siap maaa ! 

Baru2 ni Cikgu Norazimah dapat tahu, dalam Cikgu Norazimah duk mengumpul peminat (perasan artis konon) dekat sekolah ni, ada gak beberapa orang haters yang anti dengan Cikgu Norazimah ni. Alasan 'mereka2' ini menjadi haters menurut risikan BFF Cikgu Norazimah adalah : 

1. Cikgu Norazimah ni takde keje kat sekolah, nampak relax jer.
: Nampak jer relax, tapi orang tak tahu duk bersengkang mata dan balik lambat sebab jadi admin FROG, website & data koko. Tu belum masuk PBS yang dah lamer tak menjengah websitenyer. 

2. Cikgu Norazimah kuat bodek PK Kokurikulum
: Disebabkan hampir 3 tahun Cikgu Norazimah menjadi Penolong SU Koko, maka dengan ini Cikgu Norazimah dicop kaki bodek ! Apa la ! Kalau kaki bodek, dah lama Cikgu Norazimah minta taknak jadi SU Koko. Ingat senang ke jadi SU Koko? 
Fakta yang perlu diketahui : Apabila rapat dengan PK Koko, makin melambak keje diberi sebab PK Koko tahu, Cikgu Norazimah takkan merungut dan siapkan keje dengan cemerlang, gemilang dan terbilang ! Lagi 1, PK Koko tahu cara keje Cikgu Norazimah, mulut diam... tangan yang bergerak ! Ikhlaskan hati melakukan sesuatu pekerjaan, baru lah orang percayakan kita yer adek-adek...

3. Cikgu Norazimah GEDIK !
: Ait ! Tang mana gedik tu? Adakah cara berjalan yang ala2 catwalk itu digelar gedik? Adakah cara bercakap yang diikuti tangan yang bergerak2 macam nk menari tu digelar gedik? Setahu Cikgu Norazimah ler, akan menjadi gedik bila bersama dengan BFF dan hubby jer, kalau dengan orang yang tak rapat, jangan harap ler nk tengok gaya Cikgu Norazimah yang hover ni ! Korang cuma akan tengok Cikgu Norazimah yang tak banyak cakap dan suka senyum jer, nk gedik2 tu takdenya !

4. Cikgu Norazimah dapat banyak hadiah hari guru !
: Itu pon nk menyampah ke dekat Cikgu Norazimah? Setiap tahun Cikgu Norazimah post gambar hadiah hari guru dekat fb sebab nak hargai bebudak yang bagi hadiah dekat Cikgu Norazimah, takde niat pon nk menunjuk. Takkan tu pon salah? Isy2..manusia ni macam2 ragam kan? 

5. Cikgu Norazimah suka KONTROL CUN
: Ni paling tak boleh terima ! Kalau u all masuk kelas Cikgu Norazimah, mesti u all akan cakap Cikgu Norazimah ni giler slumber ! Kenapa? Sebab Cikgu Norazimah dengan steady akan panggil bebudak HOI bila dorang bising, panggil bebudak ni sengal sebab tak faham2 apa Cikgu Norazimah explain, ugut nk sepak bebudak ni kalau duk sengal jer, dan lain2 ! Setakat buat demo berjalan penguin sebab nk tunjuk contoh locus tu perkara biasa ! Adakah itu digelar KONTROL CUN? Isy2..

6. Sebab2 lain yang tak boleh diterangkan
: Nampak sangat memang sajer2 tak suka Cikgu Norazimah macam tu ! Tak suka takpe lah ! Tak paksa pon suka Cikgu Norazimah. Bak kata pepatah pinggan tak retak, nasi tak dingin, awak tak hendak, saya lagi tak hingin ! hahahaha

KESIMPULAN
: Tiada manusia yang SEMPURNA di dunia ni, setiap manusia pasti berbuat silap. Kita tak mampu membuat semua orang suka kita. Jadi, jika anda mempunyai haters, TAHNIAH kerana anda merupakan seorang manusia! 

~ Cikgu Norazimah SAYANG semua pembaca SETIA blog Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

10 comments

  1. hahaha.. lawak la kak... mcm sakit jiwa dan psiko je org yg jadi haters tu... hehe... bior lah kak.. kita buat je keje kita.. keje SU mmg org x nmpk kak.. sy pun SU, org kata sy x buat kerja... tapi sapa suh lntik saya jadi SU kan.. hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler, cuba fikir positif jer. Bak ayat kat atas : Jadi, jika anda mempunyai haters, TAHNIAH kerana anda merupakan seorang manusia!hehe

      Delete
  2. Orang nie macam-macam... Buat nak fikir apa yg orang lain cakap... :)

    Jika perkara yang kita buat itu betul, teruskan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler, lumrah manusia, ada je yang tak kena, even kita tak kaco orang, ada jer orang nk kaco kita..sabo jela

      Delete
  3. Haters are the ones who call my dedication - "obsessed". Haters bet on when you're going to quit and give up. Just say thank you, syukran and alhamdulillah. Cause its them, haters that keep you working harder. It's them haters that motivate you not demotivate you. Remember that... It's because of them haters that could remind us on our weaknesses, the do and don't(s). It's them haters that will fuel you forward... ^_^ Smile... just smile...
    Manusia kan? for whoever talk about you, thanks them for making us as the center of their world. Here you are, if they don't like you, the worse for you, let them hate for all they want, spread lies, continue convincing themselves that they haven't done anything wrong. Continue planting lies on other people's head because they want other people sympathy. Continue doing that malicious evil deeds of them. Continue being the pathetic person that they strive to be...

    Cikgu Azie, if you have haters, just ignore them... and don't stoop down to their level... stand up, dust the dirt away, lift your head up and go the other direction. Continue to shrug your shoulders and walk away from all the lies they spread and all the harsh words that they uttered... Continue to ignore them as if they're just a speck of annoying dust... Continue doing things that you know they can't and will not be able to do. Continue to love which they are never capable of because of all the hatred in their heart... dan jangan dilayan orang yang IQ rendah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah !! awesome nyer dgn komen adek akak sorang ni ! sayang kamu farah ! betul tu..haters ni sebagai motivate untuk kita lagi cemerlang, gemilang dan terbilang ! thanks yer atas nasihat yang awesome ! mmuanx !

      Delete
  4. biasalah tu cikgu norazimah
    kt mana2 pun ada org mcm ni
    xleh tgk org hidup dengan happy
    ada je yg x kena
    mayb diorg jeles kot ngan cikgu
    cikgu kan lawo...sporting..friendly hehe
    papepun biarlah diorg nak kata ape
    janji kita wat keje n happy sllu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ! hepi tu penting sbb bukan haters ni bg CN duit beli handbag! ahaks

      Delete
  5. ahahahaha.. lucu ar..
    mungkin pasal jeles kot
    sebab
    Cikgu Norazimah kita nih dah glamer! ;)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.