Ketahuilah HAK Anda Apabila Diberhentikan / Ditahan POLIS

December 21, 2013

[ Kredit : Cikgu Ismail (Kelab Guru Malaysia) ]



Salam mesra..

Tahukah anda HAK anda apabila diberhentikan / ditahan POLIS ? CN ada jawapannya ...

A.) Apabila Diberhentikan Polis :
1. Jika mereka TIDAK MEMAKAI UNIFORM - Minta pengenalan diri mereka. Katakan, "Sila tunjukkan kad kuasa polis anda. "
2. Jenis & warna kad kuasa polis
MERAH : Pegawai polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa2 terhadap anda. Anda boleh tinggalkan mereka dan jangan dilayan.
BIRU : Berpangkat Inspektor dan ke atas
KUNING : Anggota lain2 pangkat dari Konstabel lebih rendah dari Inspektor
PUTIH : Polis simpanan
3. Jika POLIS BERUNIFORM : Ambil dan rekod nama dan nombor ID pada pakaian seragam mereka.
4. Jika mereka menaiki kereta/motosikal peronda polis : Ambil dan rekod nombor pendaftaran kereta/motosikal poranda berkenaan.

B.) Jika Polis Menyoal Siasat Anda Semasa Diberhentikan : 
1. Hanya beri pengenalan diri. Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.
2. Jika polis bertanyakan soalan2 lain selain pengenalan diri. Tanya dengan sopan dan berbudi bahas. "Adakah saya sedang ditangkap".
3. Anda sedang DITANGKAP jika polis menjawab "Ya" setelah ditanya soalan tadi, tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis atau menggari anda. 
Jika anda TIDAK DITANGKAP, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja jika diminta. 
4. Bilakah keadaan anda tidak boleh ditangkap ?
: Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda. (Pernyataan Seksyen 112/saksi)

C.) Soal Siasat Oleh Pihak Polis Tanpa Tangkapan
1. Pernyataan Seksyen 112 : Semasa pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda
2. Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi untuk buat kenyataan : Kebiasaannya polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis ditandatangani oleh Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda TIDAK mematuhi arahan tersebut, anda TIDAK boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan waran terhadap anda untuk bekerjasama.
3. Membuat Pernyataan 112 
: Semasa membuat kenyataan, anda BOLEH MENOLAK untuk menjawab mana2 soalan atau BERDIAM DIRI jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah. 
: Bawa bersama buku catatan atau kertas tulis (Nota peribadi)
: Catatkan dalam Nota peribadi anda semua soalan yang ditanyakan
: Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan
: Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan di dalam Nota peribadi anda
: Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda
: Simpan Nota peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan
: Sebelum menandatangai Pernyataan 112, BACA DENGAN TELITI semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan. Turunkan tandatangan dengan betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda

D.) Jika Polis Menangkap Anda
1. Tanya "Mengapa saya ditangkap?" : Sesuatu tangkapan menjadi TIDAK SAH jika TIDAK diberitahu alasan tangkapan.
2. Jangan melawan semasa ditangkap : Polis mempunyai HAK untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.
3. Tanya "Balai polis manakah saya akan dibawa?" : Pegawai polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya (TIDAK BOLEH BAWA JUMPA SULTAN ATAU TUNKU MAHKOTA)
4. Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap ?
: Anda mempunyai HAK untuk membuat panggilan telefon kepada keluarga, rakan/peguam.
5. Apa yang akan berlaku selepas ditangkap ?
: Anda boleh ditahan sehingga 24 jam di balai polis/lokap untuk 'membantu' siasatan

E.) HAK Anda Selepas Ditangkap & Semasa Dalam Tahanan
1. Hak untuk berunding dengan seorang peguam : Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai HAK untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak polis mestilah memberikan kemudahan dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak polis bagaimanapun boleh menafikan HAK ini jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.
2. PAKAIAN : Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.
3. Kebajikan anda : Anda dibenarkan mandi DUA kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda BERHAK mendapat RAWATAN PERUBATAN dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

8 comments

  1. hana minat jadi polis. tapi dihalang sangat2 oleh family. lahai.

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang rasa kagum dengan polis. Time raya ada je bertugas, nak kejar penjenayah lagi, jalan sesak polis yang kawal. Terima kasih polis!

    ReplyDelete
  3. bebaru ni kawan husna kena tahan sebab tak pakai seat belt walhal dya pakai kot.. rupanya polis tu saja.. cari alasan nak ngorat.. siap ajak minum bagai..

    ReplyDelete
  4. mmg terselamat bila ditahan polis, klu nek motor mmg terlepas aje.. sbb utama bawa anak... hehe..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.