Tiada lagi baju sekolah untuk tingkatan 6 !

May 11, 2014


Tiada lagi baju sekolah untuk tingkatan 6 ! Sebenarnya, isu pemakaian baju bebas untuk pelajar tingkatan 6 telah dikeluarkan pada tahun lepas. Cuma pihak pentadbir sekolah tidak memberi kelonggaran kepada pelajar tingkatan 6 ni atas sebab mereka masih di sekolah dan takut ramai pelajar tingkatan lain akan mengambil kesempatan untuk turut tidak memakai pakaian seragam sekolah. 

Walaubagaimanapun, untuk menarik lebih ramai pelajar menyambung pelajaran ke tingkatan 6, SMK Telok Panglima Garang telah memberi kelonggaran kepada pelajar tingkatan 6 bawah yang baru mendaftar 5 Mei lalu untuk berpakaian seperti pelajar di Kolej Matrikulasi. Bezanya cuma di matrikulasi, pelajar bebas membawa hp, tapi tingkatan 6 TIDAK boleh ! Kenapa? Mereka masih terikat dengan peraturan sekolah ! 

Sebenarnya isu pemakaian seperti di Kolej Matrikulasi ni adalah atas budi bicara pihak pentadbir sekolah. Setahu CN, SAMTAR dan SMKTD masih mewajibkan pelajarnya memakai baju seragam sekolah. Tapi kan, bila budak2 form 6 ni pakai baju bebas, ramai yang confuse antara cikgu dan pelajar ! Mentang-mentanglah CN ni cikgu baru kat SMKTPG ni, ramai gak students yang masih tidak mengenali CN. Almaklumlah, bilangan pelajar sahaja hampir 3K ! Yang paling geram tu, banyak lak duk dengar ayat-ayat macam ni :

"Eh, cikgu ke? Saya ingat akak form 6 tadi!"

"Akak, kelas form 6 dekat sana, sini kelas form 3"

Jadi, apa pendapat anda? Tensen tak jadi CN? Hehehe


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

7 comments

  1. haha tapi tu petanda baikla kan.CN nampak awet mudala tuu :DD

    ReplyDelete
  2. cikgu awet muda le ni :)
    tapi masalah juga la kan..
    zmn saya dlu pakai baju skolah bezanya pakai kain hitam je.

    ReplyDelete
  3. Salam singgah dari blog maria firdz...salam perkenalan dan follow blog cikgu ;)

    student konpius sebab cikgu nmpk muda...

    ReplyDelete
  4. tak tensen coz kita always nampak muda ^___^ hihi...kang ada plak student yg datang kelas lebih vogue dri cikgu plak ye.... tu la risiko plajar zaman skrg ni... ;p

    ReplyDelete
  5. untuk menarik minat pelajar2 tuk sambung ke F6 tu sgt2 bgus
    tp akan jd satu mslah pulak..anak murid lebih over dr cikgu2
    pelajar2 lain akan mengambil kesempatan..akan jd confius mn cikgu mn pelajar
    takut pelajar over tp pelajaran out..hope xde lah mcm tu ek

    ReplyDelete
  6. ok la tu diorang dah boleh pakai macam pelajar matrikulasi...takda la nampak sgt macam budak2 sekolah...ni salah satu motivasi utk tarik pelajar sambg form 6. Kdg2 rimas gak pakai baju sekolah.

    Tp bagus tu, CN masih muda dalam kalangan pelajar form ni. Hehe.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.