3 TIPS Jaga Kesihatan OTAK

July 04, 2014


3 TIPS Jaga Kesihatan OTAK : Macam mana puasa hari ni? Hokay? Tak leh type panjang2 sebab banyak keje nak dikejarkan. Cuma berkongsi tentang tips penjagaan otak sebab kita sekarang ni senang benor mengalami penyakit LUPA. Sebab LUPA la banyak keje yang yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat sebab due hampir tiba. Tapi perlu diingat, LUPA bukan penyakit orang tua, LUPA melanda setiap orang walaupun kanak2 ! Meh belajar sama2 cara menjaga OTAK kita yang sangat penting tu..

1. Bentuk Bilateralisation
: Asah minda dengan permainan yang mencabar daya ingatan seperti permainan digital (Candy Crush..hehe) dan suku kata mampu mengasah kedua-dua otak anda untuk berfungsi serentak. Satu kajian yang dilakukan ke atas individu yang berusia 60 tahun dengan bermain piano selama enam bulan menunjukkan daya pemikiran yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya. 

2. Berjalanlah
: Kajian dari Universiti Illinois pada tahun 2006, individu berusia 60 tahun yang mengamalkan berjalan atau berlari tiga kali seminggu selama beberapa hari memiliki perhubungan otak kiri dan kanan yang kuat !

3. Makanan Untuk Otak
: Kajian masih belum dapat membuktikan kesan makanan secara langsung ke atas otak, namun makanan yang tinggi kandungan antioksida amat digalakkan. Selain itu, para saintis mencadangkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C, E, gingko biloba, kunyit dan juga kafein (dalam jumlah yang dibenarkan). Rujuk SINI untuk entry tentang makanan kegemaran Nabi Muhammad S.A.W yang sememangnya berkhasiat dan baik untuk otak !


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. sy penah bc 1 artikel ni...salah satu cara utk mengasah otak adalah dgn membuat soduku...tp sy x suka soduku...candy crush pun x lps2 hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. CN pun tak suka soduku,tp candy crush mmg fav ! Hehe

      Delete
  2. nice info... byk baca al-Quran... insha Allah otak dan akal sihat...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.