PERTUKARAN GURU : Surat Izin Suami

September 16, 2014

PERTUKARAN GURU : Surat Izin Suami

Mungkin dah terlambat untuk CN berkongsi dengan rakan-rakan guru yang memohon pertukaran guru 2014 bulan September. Tapi tak apa, jika permohonan anda gagal. JANGAN LUPA BUAT RAYUAN. Dokumen yang perlu ada dalam rayuan anda adalah :


1. Salinan borang permohonan pertukaran online 
 : Sertakan sekali surat izin suami, sijil nikah, geran rumah (jika ada) sebagai bukti anda ada rumah di tempat dipohon, salinan laporan polis jika ancaman keselamatan macam CN
2. Surat rayuan pertukaran beralamat KPM di Putrajaya
3. Surat sokongan Pengetua kepada KPM di Putrajaya


Ini adalah perkongsian CN setelah 7 kali memohon. Dan permohonan ke-7, CN telah berjaya. Alhamdulillah. 

SURAT IZIN SUAMI

..................................................................................................................................................................

NAMA SUAMI
ALAMAT RUMAH
..................................................................................................................................................................
Ketua Sektor,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuaan,
62604, Putrajaya                                                                                                 9 September 2013

Tuan,

KEIZINAN PERTUKARAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan permohonan pertukaran sekolah isteri saya, (NAMA ANDA) melalui laman web E-GTukar (No. Permohonan WXXXXXXXX) adalah berkaitan.

2. Sukatcita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas memberi keizinan kepada isteri saya, NAMA ANDA (No. Kad Pengenalan XXXXXX - XX - XXXX) yang kini bertugas di NAMA SEKOLAH SEKARANG untuk berpindah ke mana-mana sekolah di dalam daerah XXX
3. Untuk makluman tuan, saya mewakili isteri saya berharap agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan perpindahan ini atas sebab-sebab berikut :

(CONTOH ALASAN YANG LOGIK, HEHE)
i)   Ancaman keselamatan kerana rumah yang didiami isteri saya beralamat XXXX telah sering kali di pecah masuk. Isteri saya telah mengalami kerugian harta benda mencecah lebih dari RMXXXX. Selain itu, saya khuatir perkara yang sama akan berulang kerana kawasan tersebut memang sering menjadi sasaran pencuri seperti yang dikata oleh pihak polis dan sehingga kini kes tersebut masih dalam siastan.

ii)  Mempunyai anak yang masih menyusu badan (12 bulan) dan sering mengalami masalah kesihatan sehingga menyebabkan tekanan emosi kerana terpaksa berulang-alik dari Kuala Langat ke Kuala Lumpur.

iii)   Saya dan isteri mempunyai rumah sendiri yang terletak seperti alamat di atas.

4. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar permohonan perpindahan isteri saya berhampiran dengan rumah kediaman kami mendapat pertimbangan sewajarnya dan seterusnya diluluskan oleh pihak tuan. Saya juga berharap pihak tuan meluluskan permohonan isteri saya kerana ini adalah kali ke enam permohonan di buat.

5. Sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi kami di talian XXX-XXXXXXX (NAMA SUAMI) atau XXX-XXXXXXX (NAMA ANDA). Segala kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

-------------------------
(NAMA SUAMI)


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

12 comments

  1. wah.. bgus ni.. blh guna ni utk mohon nnt..

    ReplyDelete
  2. wah, CN nak pindah yer..alhmdulillah diluluskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pindh pun dear..ni cuma berkongsi pengalaman ;)

      Delete
  3. waaa... dapat dah tukarrr..Alhamdulillah... satu family ni tak boleh di pisahkan lelama kan... salam perkenalan dari mommylina

    ReplyDelete
  4. susah jugak kan..kakak sy kt sabah pon tak lepas2..ni dia dh ada bb lgi la kan..tpi dia dh apply bln 9 ari tu kan..moga2 dpt la tukar..

    ReplyDelete
  5. Andai kata xde surat ni, cm ne? X kn lulus smpi bla2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni antara dokumen sokongan, kalau alasan mengikut suami, mesti ada surat izin suami ;)

      Delete
  6. Semoga membantu kpd yg memerlukan...

    ReplyDelete
  7. Tq cikgu norazimah. Dapatlah saya ambil idea untuk mohon tukar. Harap dapatlah saya bertukar tahun ini.

    ReplyDelete
  8. salam cikgu norazimah, klu suami mnta pindah, isteri boleh bagi ka surat sokongan dari tempat kerja dia?

    ReplyDelete
  9. Surat izin suami hanya utk isteri sahaja. Utk suami pulak boleh je bg surat sokongan dr tempat keje isteri. Tp bukan tajuk surat izin isteri la ye 😅

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.