Bahaya batuk kepada Irfan (Part 1)

April 07, 2015

Bahaya Batuk 
bahaya batuk kepada kanak-kanak

Jika anda follower CN di instagram, pasti dah tahu tentang kisah Irfan warded di Hospital Banting sebab batuk. Instagram lagi cepat update berbanding di blog sebab kominten nak menaip cerita ! Hehe

Ok, ceritanya begini. Suatu pagi Sabtu yang indah, Irfan batuk dengan kerap dan pernafasannya nampak laju menyebabkan CN tak boleh sambung tidur pagi tu. Jadi lepas mandi dan bersiap-siap, CN ditemani adik +Izzati Talib dan ibu tersayang pergi ke Hospital Banting. Kenapa CN sanggup ke hospital untuk menunggu berjam-jam dari pergi ke klinik swasta? Ini kerana Irfan ada kes pneumonia masa baby, jadi jika Irfan batuk dan sesak nafas, CN akan terus ke hospital berdekatan untuk sebarang kes kecemasan. Trauma tau tengok muka Irfan biru masa baby dulu. Memang taubat nak bawak ke swasta dah !

Di hospital, Irfan terus diberi nebulizer sebab pernafasannya laju. Tak cukup sekali, diberi kali kedua dan ketiga kerana nafasnya masih laju. Apabila ujian darah diambil, rupanya terdapat jangkitan kuman dalam darah menyebabkan Irfan sukar untuk bernafas. Jadi confirm admit di Hospital Banting ! Prosuder biasa apabila admit adalah inject untuk si kecil ni. CN dah risau sebab Irfan lama tak kena inject, tapi Alhamdulillah, dia steady jer. Lepastu X-ray dan terus ke Wad 4 Katil 27

bahaya batuk kepada kanak-kanak
Irfan ketika nebulizer kali pertama

bahaya batuk kepada kanak-kanak
Nebulizer kali ketiga, Irfan dah buat perangai sebab bosan gamaknya. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

17 comments

  1. CN,anak khaty yang no 2 masa umur tak capai 2 tahun,memang kalau demam sama ja macam anak CN..kesian nengok kena pakai alat bantuan pernafasan,tak selesa tengok..semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. kesiannya dia..masa anak saya masuk hospital sebab batuk tu pun,rasa tak sampai hati...

    ReplyDelete
  3. kesiannya irfan...semoga cepat sembuh... aamin.. :)

    ReplyDelete
  4. kesiannya irfan. cik mimin doakan irfan cpt sembuh yee . aminn

    ReplyDelete
  5. anak KG dulu pun mcm ni..cepat penat...bila bernafas laju aje..asal g hosp memang kena pam cam ni...tp bila dah kena urut oleh pakcik tu..syukur alhamdulillah, ahkak dah x perlu pam2 lagi..semoga irfan cepat sembuh

    ReplyDelete
  6. Danish pnh kena gini dulu CN. beseny bwh 12 bulan sy bg appeton infant drops. tp dulu mcm xjln sgt, s g jmp doktor nadhir. dekat ampang. dia ni doktor biasa. tp klinik dia penuh baby.dtg pkul 8.30 dapat no dah berpuluh2. skrg danish minum scoot emulsion. so far alhamdulillah lah

    ReplyDelete
  7. Ala keciannnya kat Irfan hensem ..Sabar yer cayang ..Moga cepat sembuh ...

    ReplyDelete
  8. aina prnh kena jangkiran kuman dlm otak... time spm pulk tu. huhu btw terus tabah ya cn. semoga irfan cepat sembuh

    ReplyDelete
  9. get well soon irfan..baik je dia pakai neb tu..kalo anak ami mcm ape dah nangis..huhu

    ReplyDelete
  10. Kesiannya... semoga Irfan cepat sembuh ye... aamiin.

    ReplyDelete
  11. semoga Irfan cepat sembuh dan CN kuatkan semangat ye... aamiin...

    *anak saudara kak ain pun mcm ni la dulu.. kesian sangat tgk...*

    ReplyDelete
  12. semoga irfan kuat seperti mak nya :)

    ReplyDelete
  13. tengok pon kesian..apatah lagi ibunye ye.. nanti dh besar..jadi budak kuat oke.. sado terus..hihi

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.