#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 | Amalan berbalas juadah di bulan puasa

July 04, 2015

Hari kelapan #Cabaran20Hari dengan tajuk " Amalan berbalas juadah di bulan puasa". 
Masa kecil-kecil dulu semasa duduk di kampung, amalan berbalas juadah di bulan puasa memang merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan. Anda bayangkan, asalnya ibu CN cuma membuat kuih seri muka dan diberi kepada jiran-jiran. Kemudian, jiran-jiran tersebut akan membalas dengan pelbagai juadah lain seperti cekodok pisang, karipap, donut dan macam-macam lagi. Tak perlu ke pasar Ramadhan, cuma bertukar juadah dengan jiran-jiran. Best kan?

Amalan berbalas juadah di bulan puasa

#Cabaran20Hari, EFG, KBBA


Tapi kini amalan berbalas juadah kurang diamalkan atas faktor sibuk dengan kerja. Lagi-lagi dengan ada si Irfan yang rajin me'bantu' di dapur, memang CN amat bercinta untuk buat kuih muih ni. Chewah, alasan kukuh kan? 

Tapi amalan berbalas juadah di pagi raya di kampung masih tetap diamalkan. Pagi-pagi raya CN akan sibuk memanaskan lauk dan membungkus juadah untuk diberi kepada jiran-jiran. 

Anda pula bagaimana, adakah amalan berbalas juadah di bulan puasa masih diamalkan di tempat anda?


~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

  1. banyak kebaikan dlm amalan balas membalas juadah tu..

    Saya ada buat segmen. Jemput join http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/07/segmen-blogwalking-by-ms-kejupenyet.html

    ReplyDelete
  2. jiran tetangga aida masih lagi mengamalkan tukar juadah.
    tak kita bulan pe.
    ramadhan lagi la meriah :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.