Stew daging sedap dan mudah disediakan

July 05, 2015

Bila bulan puasa ni tekak kita kadang-kadang tak berapa betul. Boleh pulak tiba-tiba teringin nak makan stew daging. Penyediaan stew daging ni mudah sahaja. CN dapat resepi ni dari makcik saudara kawan Encik Suami, Kak Hajar Jelani. Ni makcik anggun career woman yang memang terer memasak. Gambar pun kredit kepada Kak Hajar juga sebab gambar henpon CN tak lawa. 


Resepi Stew Daging


Resepi Stew Daging Sedap


Bahan-bahan

1. Sekilo daging lembu/kambing/rusa/unta/apa-apa sahaja ikut tekak anda
2. Sedikit Italian Herb/Oregano
3. Sedikit garam
4. Sesudu besar minyak zaitun
5. Sebiji bawang besar holand dipotong dadu
6. 3-4 ulas bawang putih
7. Daun seleri
8. 4 biji kentang dan sedikit lobak merah
9. Sedikit butter
10. 2 sudu besar tepung gandum
11. Seketul pati daging knorr
12. Satu sudu besar sos cili
13. Satu sudu besar sos tiram
14. Satu sudu besar sos tomato
15. Sedikit lada hitam 

Cara-cara penyediaan Stew Daging Sedap

1. Basuh bersih daging dan dilumur dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau.

2. Bubuh air ikut paras daging dalam pressure cooker. Kalau takde, periuk biasa pun ok cuma masa daging nak empuk tu memang boleh iron baju untuk 2 minggu ! Hehe


3. Bubuh garam sedikit, sesudu besar Italian herbs (boleh ganti dengan oregano atau bay leave), sesudu besar minyak zaitun ke dalam periuk tadi dan tutup rapat. Biarkan sejam.

4. Sementara itu, siapkan bahan asas iaitu bawang besar, bawang putih, ubi kentang, daun seleri dan lobak merah. Nak tambah cendawan butang pun boleh.

5. Kemudian, panaskan 2 sudu besar minyak zaitun. Tumiskan bawang sampai layu. Selepas itu, masukkan sedikit butter untuk bagi rasa lemak-lemak sikit.

6. Masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan kacau laju-laju supaya tidak berketul. Pastikan api kecil ye. Selepas itu masukkan secawan air atau agak-agak sesuai seperti gambar di bawah.


7. Masukkan seketul pati daging, 1 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar sos tomato & sedikit lada hitam. Kacau rata di dalam periuk.

8. Hah ! Gitu jadi kuah dia. Boleh tambah kicap untuk bagi hitam sedikit dan masukkan sayur-sayuran.


9. Dan terakhir sekali adalah masukkan daging yang telah direbus tadi ke dalam kuali. Masukkan garam sedikit dan gaul rata sampai kuah pekat.

10. Dah siap stew daging sedap kita. Boleh makan bersama garlic bread atau nasi. 




~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

6 comments

  1. Kalau stew daging secara modernnya..biasa SA buat secara traditionalnya....org NS panggil Daging Masak Lompap...kaedah sama cuma xde sayuran tambahan...cuma guna daging, bawang putih dan merah semata2...nanti bila2 SA share kat blog eh...

    ReplyDelete
  2. wah tertelan ayaq liuq baca resepi nie..
    Hehee insyaAllah nnt balik kg try buat :)

    ReplyDelete
  3. boleh buat sahur...
    salam sahur! ;)

    ReplyDelete
  4. membangkitkan selera ni!!!
    terutama time sahur, sure anak-anak gembira :)

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.