PT3 Sejarah : Tugasan Kerja Kursus

July 03, 2015

PT3 Sejarah

PT3 Geografi telah berakhir semalam. Walaubagaimanapun, PT3 Sejarah masih berbaki seminggu untuk disiapkan. Terus terang CN cakap, CN bukan cikgu sejarah. Tapi untuk membantu adik kandung serta adik ipar tersayang yang kedua-dua merupakan calon PT3 2015, CN cuba membuat rujukan kepada beberapa orang guru yang berpengalaman. Diharap perkongsian CN ini dapat membantu semua calon2 PT3 2015. 

Tugasan PT3 Sejarah 2015 : 


Calon dikehendaki untuk membuat kajian dan hasilkan laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan berdasarkan petikan yang diberi.

Tugasan calon hendaklah mengandungi aspek berikut :

(a) Tajuk kajian : Mengikut kreativiti pelajar.
 : Jadual kerja (perancangan)
 : Objektif kajian
 : Kaedah kajian

(b) Nama penulis : Nama calon

(c) Isi kandungan

: Pengenalan - menjelaskan latar belakang perjanjian dan menggambarkan keseluruhan kajian secara umum.
: Faktor pemeteraian persetiaan - Sila nyatakan 4 faktor berlakunya Persetiaan Persekutuan 1895
: Kesan - Sila nyatakan 4 kesan Persetiaan Persekutuan 1895
: Menghubungkaitkan pembentukan Persekutuan dengan kedaulatan Malaysia - Sila huraikan 3 perkaitan beserta huraian dan contoh

(d) Membuat rumusan
 : Pengetahuan/nilai/unsur patriotisme/harapan

(e) Menyenaraikan sumber rujukan
 : Buku teks
 : Surat khabar/majalah
 : Wikipedia




SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2015





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

1 comments

  1. Ade x contoh2 unsur-unsur patriotisma dlm tajuk gotong royong

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.