Jom ke Booth Traveloka di KL2017

August 22, 2017

Tahukah anda bahawa Traveloka merupakan salah satu rakan penaja untuk SEA GAMES 2017(KL2017)? Traveloka merupakan official Online Travel partner untuk KL2017. Jadi selaku rakan penaja KL2017, Traveloka telah menganjurkan perbagai peraduan-peraduan di Booth Traveloka di Bukit Jalil dengan jumlah hadiah-hadiah bernilai sehingga RM200,000 ! Jadi, jika anda tinggal berdekatan dengan Bukit Jalil atau Lembah Klang, jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan mengunjungi Booth Traveloka tau. Selain menyokong atlet Malaysia, anda juga dapat menyertai pelbagai peraduan menarik yang disediakan di Booth Traveloka yang terletak di Bukit Jalil.

CN pun macam nak pujuk Encik Suami untuk ke Bukit Jalil nanti, mana lah tahu rezeki menang hadiah utama nanti, hehehe..


Traveloka merupakan official Online Travel partner untuk KL2017

Traveloka Livestream


Selain peraduan di Booth Traveloka di Bukit Jalil, anda juga boleh sertai pelbagai peraduan yang disediakan di Livestream page travelokakl2017.com.my dan menangi pelbagai hadiah menarik. Anda juga boleh menyaksikan pelbagai aktiviti menarik secara LIVE di FB&Youtube rasmi Traveloka. 


Pelbagai promosi menarik di Traveloka


Oh, ya ! Sempena SEA GAMES 2017 (KL2017) dimana Malaysia merupakan tuan rumah untuk edisi kali ini, terdapat pelbagai promosi menarik yang berlangsung di laman web rasmi Traveloka. Antaranya adalah diskaun sehingga 40% untuk harga tiket flight dan hotel. Tempoh tempahan adalah dari sekarang hingga 31 Ogos 2017. Jangan lepaskan peluang keemasan ini tau!

Pelbagai promosi menarik di lamanweb Traveloka sempena SEA Games 2017

Antara promosi yang ditawarkan oleh Traveloka adalah tiket flight murah Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu bermula pada harga RM159 sahaja untuk kelas Ekonomi ! Manakala untuk kelas Business pula bermula pada harga RM579. Menarik kan?

Ada pelbagai lagi promosi menarik untuk flight dari Kuala Lumpur ke Kuching dan juga ke Langkawi. Jadi sempena cuti sekolah tidak lama lagi, cepat-cepat tempah tiket flight murah di Traveloka. 

Pelbagai promosi menarik di lamanweb Traveloka sempena SEA Games 2017

Selain tiket flight murah, ada juga tawaran hotel murah di Traveloka. Lihat sahaja promosi sehingga 30% di GTower Hotel. Murah dan berbaloi tau. Ada macam-macam lagi tawaran menarik hotel murah di Traveloka. Boleh la bercuti sempena cuti sekolah nanti kan. 



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.