Pentaksiran TMK 2017

August 24, 2017

Tahun 2017 merupakan tahun terakhir matapelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) untuk SPM. Selepas ini subjek TMK digantikan dengan subjek Sains Komputer yang 70% berbeza dari TMK. Lagi dasyat dan lagi power hokay. Jadi, sempena tahun terakhir matapelajaran TMK ini, CN share sikit beberapa gambar semasa hari Pentaksiran TMK 2017 oleh Pentaksir Daerah.

tmk, ict, tmk spm, spm 2017, pentaksiran tmk 2017, cikgu sekolah, cerita cikgu
Fail Pentaksiran TMK 2017

Pentaksiran TMK 2017 ini bertujuan untuk memantau sama ada pentaksiran yang dibuat oleh guru matapelajaran ikut spec seperti arahan Lembaga Peperiksaan. Selain itu, melalui pentaksiran ini juga, pelajar akan lebih memahami konsep dan amali dalam dalam matapelajaran TMK.

tmk, ict, tmk spm, spm 2017, pentaksiran tmk 2017, cikgu sekolah, cerita cikgu
Welfie dulu uolss


Macam pelajar-pelajar CN ini yang merupakan calon SPM 2017, mereka memang bersungguh-sungguh semasa pentaksiran berlangsung. Kemain duk hafal macam-macam kalah Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lepas tau. 


tmk, ict, tmk spm, spm 2017, pentaksiran tmk 2017, cikgu sekolah, cerita cikgu
Calon TMK 2017

Apa-apa pun, semoga semua calon SPM 2017 terutama calon matapelajaran TMK, CN doakan semoga anda semua beroleh keputusan yang cemerlang. Amin..

tmk, ict, tmk spm, spm 2017, pentaksiran tmk 2017, cikgu sekolah, cerita cikgu
Calon TMK 2017 ketika pentaksiran


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.