Duit pibg sekolah, ke mana ia disalurkan

December 03, 2017

Entah kenapa, bila tiba musim cuti sekolah, ada je fitnah buat golongan cikgu ni. Paling geram yang membuatkan CN sampai tulis blogpost ni tentang isu cikgu guna duit PIBG sekolah buat jamuan akhir tahun mewah. Hello..cikgu pun ada Kelab Guru & Kakitangan yang mengutip dana untuk majlis2 meraikan cikgu! Biasanya cikgu siap topup lagi duit sumbangan PIBG tau.

Memang terkilan dengan golongan yang tak pernah pergi mesyuarat PIBG tapi meroyan di FB tentang ketidakpuasan penggunaan duit PIBG ni. Selalunya bila meeting PIBG, yang meramaikan majlis adalah cikgu, di mana ibu bapanya? Hal yang sama juga bila buat program anjuran PIBG, yang bersungguh-sungguh buat keje adalah guru. Ibubapa cuma 5% yang menyumbang tenaga. CN cerita ni dari pengalaman CN sendiri sebagai Setiausaha PIBG. Belum pernah rekod di Malaysia, Setiausaha PIBG dari kalangan ibu bapa rasanya. Jika ada mohon betulkan statement CN ini.

CN & kawan-kawan yang merupakan guru kelas & terpaksa mengutip duit sumbangan PIBG dari ibubapa yang mempunyai pelbagai kerenah


Baru-baru ni timbul pula isu Sumbangan PIBG adalah pilihan, ibu bapa ada hak untuk tidak menyumbangkan duit. Ok, let say duit PIBG tidak dikutip, mana nak carik duit beli kerusi baru yang biasanya tak sampai setengah tahun dah patah? Siapa yang patahkan kerusi? Cikgu? Sudah tentu tidak! Pelajar dari anak2 golongan yang tak nak bayar sumbangan PIBG ni yang biasa patahkan. Itu baru kerusi. Belum lagi CN cerita tentang kegunaan duit PIBG untuk membantu meningkatkan prasarana sekolah. 

Bila suruh buat cadangan meningkatkan prasarana sekolah, kemain kebabom cadangan diberi. Nak kelas aircond, nak tambah kipas baru, nak kerusi selesa dan bla bla bla. Tapi bila mintak sumbangan, krik krik krik je...

Buka la mata wahai ahli PIBG seluruh Malaysia. Contohi lah SJKC yang gah bentuknya hasil sumbangan PIBG. Kelas berhawa dingin hasil sumbangan PIBG. Semua ni untuk siapa? Untuk anak-anak kita semua. Jangan lah berkira wang & tenaga untuk sekolah anak anda. Jangan jadikan FB sebagai medan untuk memfitnah cikgu-cikgu yang bersungguh-sungguh berkorban tenaga & wang untuk anak-anak anda juga. 

CN berterima kasih sangat kepada ibu bapa ahli PIBG yang tidak lokek menyumbangkan tenaga & wang ringgit untuk sekolah. Golongan ibu bapa inilah yang biasanya mempunyai anak-anak yang hebat kerana ibu bapanya hebat. Sudah la bebelan CN kali ini. Tak boleh bebel banyak, nanti kena kecam !


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

8 comments

  1. Duit adalah isu yang sangat sensitif walaupun 5 sen..

    Tapi bukan semua..

    Saya tak kisah yang penting ada kesedaran duit ping adalah amanah

    ReplyDelete
  2. betul kata CN tu. sy geram kat ibubapa esp yg x tahu hujung pangkal tu sibuk tuduh itu ini tanpa usul periksa..

    ReplyDelete
  3. betul..sekolah cina dewan gah!hasil SUMBANGAN dan SUPPORT kepada sekolah.. tak berkira demi kemajuan keselesaan anak2..siap orang boleh sewa lagi dewan2 tu....
    ini tidak.. cikgu2 jamuan kat hotel pun kene kecam.. kumpul duit sendiri, beli2 hadiah tukar2 sama sendiri.. rai sendiri.. nak harapkan orang raikan?.. hurmmm entah bila laa kan..

    ReplyDelete
  4. betul..sekolah cina dewan gah!hasil SUMBANGAN dan SUPPORT kepada sekolah.. tak berkira demi kemajuan keselesaan anak2..siap orang boleh sewa lagi dewan2 tu....
    ini tidak.. cikgu2 jamuan kat hotel pun kene kecam.. kumpul duit sendiri, beli2 hadiah tukar2 sama sendiri.. rai sendiri.. nak harapkan orang raikan?.. hurmmm entah bila laa kan..

    ReplyDelete
  5. Tak semua ibu bapa macam tu.
    Ada yang menyokong penuh aktiviti PIBG untuk membantu pihak sekolah.

    ReplyDelete
  6. Bertabahlah CN, banyak saham anda yang bergelar CIKGU.

    ReplyDelete
  7. Mungkin bukan semua ibu bapa yg mampu tuk bg sumbangan pibg ni sebab tu dorg bising 😅 . sedangkan nak beli makan pun kadang² mereka berkira² ni kan pula dipaksa sumbangkan 50-150 ringgit .yg dapat bantuan rm100 dari kerajaan pun di suruh bg sumbangan .apakah cikgu² ni buta bukankah cikgu² dah tau berapa pendapatan keluarga yg mendapat bantuan kerajaan .jd x usah la jadi seperti ahlong menagih sumbangan pibg ni ye .prihatinlah apa yg berlaku disekeliling anda semua .jgn terlalu mendongak ke langit bila berjalan . walau tinggal di bandar belom tentu dia bergaji besar seperti cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ye, walaupun sy baru 9 tahun menjadi guru kelas, sy tak pernah paksa pelajar yg tak mampu bayar yuran pibg utk membayar. Artikel ni utk ibubapa yg mampu bayar yuran pibg & tak layak dapat bantuan RM100. Mestilah gaji mereka RM3k ke atas. Tapi jgn risau, jika ada surat sokongan yg menyatakan ibubapa tak mampu bayar. Sekolah boleh tolak ansur. Sy sedar diri sy dan tak ada la sampai mendongak diri ke langit bila berjalan.

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.