Menangi RM110,000 dengan Peraduan Raya Fiesta Berganda Lam Soon

April 20, 2018

Peraduan Raya Fiesta Berganda Lam Soon | Ramadan semakin menjelang , dan dengan itu datang penyucian rohani, jasmani dan pembersihan rumah secara rapi sebelum Hari Raya. Memahami tekanan kenaikan kos sara hidup terutama ketika melakukan persiapan untuk musim perayaan, jenama-jenama penjagaan rumah dan peribadi di bawah Lam Soon telah bergabung untuk menggembirakan pelanggan dengan Peraduan Raya Fiesta Berganda yang menawarkan 416 hadiah sepanjang 13 minggu, termasuk 390 hadiah mingguan sebanyak RM100 setiap satu, 21 hadiah istimewa sebanyak RM 1,000 setiap satu serta lima hadiah utama sebanyak RM 10,000 yang berjumlah RM 110,000 dalam bentuk duit Raya! Peraduan ini akan berlangsung dari 2 April sehingga 2 Julai, 2018


Peraduan Raya Fiesta Berganda, lam soon, barangan Lam Soon, contest, menangi RM110000, duit raya, peraduan duit raya


Jenama Lam Soon untuk Peraduan Raya Fiesta Berganda


Jenama Lam Soon yang terlibat dengan peraduan Raya Fiesta Berganda termasuklah Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal no 1 di Malaysiabio-home rangkaian pembersihan rumah mesra alam yang diperbuat daripada bahan terbiodegradasikan dan berasaskan tumbuhan, pembersih khusus wanita Orchid, rangkaian penjagaan diri May dan Fruitale serta bahan pencuci rumah Zip dan Labour.


Peraduan Raya Fiesta Berganda, lam soon, barangan Lam Soon, contest, menangi RM110000, duit raya, peraduan duit raya
Peraduan Raya Fiesta Berganda Lam Soon

Peraduan Raya Fiesta Berganda, lam soon, barangan Lam Soon, contest, menangi RM110000, duit raya, peraduan duit raya
Peraduan Raya Fiesta Berganda Lam Soon

Peraduan Raya Fiesta Berganda ini sangat mudah untuk disertai kerana kebanyakan orang akan membeli produk-produk ini pada kebiasaannya:

>> Beli mana-mana product Lam Soon sebanyak RM20 dalam satu resit.  
>> Kemudian namakan 3 jenama Lam Soon yang terlibat dalam peraduan ini. 
>> Hantarkan jawapan anda melalui Whatsapp ke +6012 526 3391 termasuk nama penuh, nombor IC dan jawapan. 
>> Sertakan gambar resit anda sebagai bukti pembelian untuk tujuan pengesahan. Jika resit pembelian RM20 termasuk dua atau lebih jenama yang mengambil bahagian, anda berpeluang untuk memenangi salah satu daripada 21 hadiah istimewa bernilai RM1,000!


Video unboxing barangan jenama Lam Soon


Menurut En. Francis Ng, Pengurus Besar Kanan Jabatan Penjagaan Isi Rumah dan Peribadi, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd’s Bahagian Pemasaran, peraduan ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pengguna untuk sokongan mereka terhadap jenama-jenama kualitinya. 


“Kami faham persediaan untuk musim perayaan boleh menyebabkan ketegangan perbelanjaan isi rumah kerana terdapat terlalu banyak benda yang perlu dibeli. Produk-produk kami adalah keperluan sepanjang tahun untuk isi rumah dan individu untuk mengekalkan kebersihan rumah dan peribadi. Musim perayaan adalah masa yang terbaik dan paling bermakna untuk menggembirakan mereka dengan hadiah wang tunai yang boleh digunakan untuk perbelanjaan mereka yang lain dan menjadikan sambutan perayaan meninggalkan kenangan yang lebih mendalam,”  kata En. Ng.
Peraduan Raya Fiesta Berganda, lam soon, barangan Lam Soon, contest, menangi RM110000, duit raya, peraduan duit raya
Barangan jenama Lam Soon

Kebersihan dan Petua Pembersihan untuk Ramadan!


>> Gunakan rangkaian mandian Antabax kerana ia memberikan perlindungan 24 jam daripada 99.9% kuman berbahaya, serta menjadikan kulit kekal lembap dan segar. 
>> Pencuci dapur Bio-Home adalah agen pencuci yang mesra alam, dibuat daripada 100% bahan aktif berasaskan tumbuhan yang mampu menanggalkan kesan kotoran degil juga pada kesan minyak. Pada masa yang sama, bahan ini lembut pada kulit sesuai digunakan untuk membersihkan permukaan dapur selepas memasak hidangan sahur atau iftar. 
>> Kaum hawa pula boleh menjaga kebersihan bahagian intim mereka dengan mudah menggunakan pembersih khusus wanita Orchid yang mengandungi herba traditional seperti manjakani, kacip Fatimah dan daun sirih serta mempunyai pH seimbang 3.5 yang sesuai untuk bahagian intim.


Peraduan Raya Fiesta Berganda, lam soon, barangan Lam Soon, contest, menangi RM110000, duit raya, peraduan duit raya
Barangan jenama Lam Soon


Kebersihan dan Petua Pembersihan untuk Raya!



>> Travel kit Antabax yang terdiri daripada Penyembur Pembersih, Gel Pembersih Tangan Segera, Tisu Pembersih Anti-Bakteria dan krim mandian digunakan untuk pembersihan di mana sahaja tetapi terutamanya berguna semasa dalam perjalanan balik kampung.
>> Untuk menyegarkan lantai ruang tamu, ruang makan dan dapur, gunakan pencuci lantai mesra alam Bio-Home dalam bauan Asia iaitu serai dan teh hijau kerana ia tidak perlu dibilas dan tiada sebarang toksik.
>> Untuk menghilangkan kesan minyak dan kotoron degil seperti kunyit, cecair pencuci pinggan ZIP berkuasa, menjimatkan dan lembut pada tangan. Amalkan pembersihan secara terus di dalam dapur dan ruang makan untuk mengelakkan timbunan pinggan mangkuk dan perik kuali bertambah.





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.