Huggies, antara lampin pakai buang terbaik

December 22, 2018

Huggies lampin pakai buang terbaik | Huggies merupakan salah satu di antara jenama lampin pakai buang terbaik yang dipercayai oleh ramai ibu bapa di luar sana termasuklah CN. CN sendiri memakaikan Huggies untuk kedua-dua anak CN iaitu Irfan dan Dhia Zahra. Anak-anak bukan sahaja selesa, malah bebas bermain dan bergerak. Keselesaan yang diberikan oleh lampin pakai buang Huggies membantu anak-anak CN bermain dengan lebih ceria dan sebagai ibu CN tidak perlu risau dengan masalah ruam lampin. Bukan sahaja selesa dan tahan lama di mana ia boleh dipakai sehingga tempoh 8 jam, malahan ianya telah diuji secara klinikal yang mana ia telah menjadikan Huggies sebagai lampin pakai buang terbaik dan dipercayai di Malaysia.

promosi huggies, huggies murah, lampin pakai buang terbaik, lampin pakai buang dipercayai, huggies terbaik, huggies cepat serap,
Huggies, antara lampin pakai buang terbaik


Malaysia's Fastest Absorbing Diaper Pants - Huggies

Tahukah anda bahawa Huggies merupakan jenama lampin pakai buang yang terpantas menyerap basahan? Teknologi Rapid Absorb pada lampin pakai buang Huggies Dry Pants ini menyerap basahan dengan segera untuk memastikan si kecil sentiasa kering dan selesa. 

promosi huggies, huggies murah, lampin pakai buang terbaik, lampin pakai buang dipercayai, huggies terbaik, huggies cepat serap,
Malaysia's Fastest Absorbing Diaper Pants - Huggies


Teknologi Rapid Absorb ini menggunakan 1,000 lubang mikro pantas serap pada Huggies Dry Pants untuk penyerapan basahan dengan segera. 1000 lubang mikro pantas serap tersebut bukan sahaja menyerap tetapi mengunci cecari bahasan di dalamnya supaya permukaan Huggies Dry Pants yang dipakai oleh bayi sentiasa kering dan selesa. Menarik kan? 

promosi huggies, huggies murah, lampin pakai buang terbaik, lampin pakai buang dipercayai, huggies terbaik, huggies cepat serap,
Teknologi Rapid Absorb ini menggunakan 1,000 lubang halus pada lampin pakai buang Huggies 


Buktinya? Sila lihat paparan video ujian kepantasan serapan di antara Huggies Dry Pants dan lampin pakai buang dari jenama lain di bawah:



Huggies Dry Pants  mempunyai ciri 5-way comfort fit di mana, ianya mempunyai kuasa regangan dan kadar keanjalan yang lebih baik berbanding lampin pakai buang jenama lain.  5-way comfort fit memberikan penekanan kepada keselesaan bayi di bahagian pinggang, punggung, celah kangkang dan kedua-dua  kaki si kecil. Ini kerana sesetengah lampin pakai buang terlalu ketat dan menjadikan si kecil tidak seleasa. CN paling suka dengan Huggies Dry Pants ini kerana fit pada anak-anak CN. Memang anak-anak CN selesa tau. 

promosi huggies, huggies murah, lampin pakai buang terbaik, lampin pakai buang dipercayai, huggies terbaik, huggies cepat serap,
5-way comfort fit pada bahagian pinggang, punggung, celah kangkang dan kedua-dua  kaki si kecil


Tawaran Menarik Huggies di Lazada

Paling best beli Huggies di Lazada kerana terdapat pelbagai promosi menarik tau. Anda boleh dapatkan Huggies pada harga promosi di Lazada dengan klik link ni 👇

http://bit.ly/2LgcBwt


#HuggiesMyFastest

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

  1. mmg best huggies ni kan.. ank buah kita pakai yg jenis tape.. nk try yg pants punya nnti

    ReplyDelete
  2. Dulu Fadzi pun pakaikan Aneeq dengan diapers huggies tapi tak tau yang guna teknologi ni ke tak. Dah sebulan dah aneeq free diapers ni

    ReplyDelete
  3. Bagus betul huggies dengan teknologi baru ni, anak-anak mesti lagi selesa dan bebas dari masalah ruam

    ReplyDelete
  4. Huggies memang best .Kadar penyerapan pun laju .

    ReplyDelete
  5. ramai yang pilih Huggies Dry Pants. yang penting keselesaan anak-anak kan.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.