T-shirt edisi khas Covid-19 : Beli sambil menyumbang

May 21, 2020

PRINTCIOUS adalah satu lamanweb yang menawarkan pelbagai pilihan cenderamata dan hadiah rekaan sendiri yang comel-comel pada harga yang berpatutan. Ada pelbagai pilihan hadiah untuk lelaki, wanita malah kanak-kanak juga. Pendek kata semua ada disini. Anda boleh memilih hadiah sempena Birthday, Hari Ibu, Hari Bapa dan macam-macam lagi. 

Baru-baru ini, Printcious telah melancarkan rekaan unik T-shirt dalam usaha untuk mendidik masyarakat mengambil langkah pencegahan terhadap Covid-19. Melalui hasil jualan barangan terhad ini, RM50,000 akan disumbangkan kepada MERCY Malaysia dan sebuah badan kebajikan yang tidak dinyatakan sebagai usaha untuk melawan wabak Covid-19.


Protokol keselamatan yang telah diamalkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti membasuh tangan dan penjarakan sosial telah diangkat sebagai tema untuk tujuan ini oleh Printcious dengan harapan agar masyarakat terus kekal berjaga-jaga terutamanya apabila kerajaan telah membenarkan fleksibiliti untuk perniagaan beroperasi semula.

Dapatkan T-shirt edisi khas Covid-19 edisi terhad ini sekarang 


t shirt covid-19, covid-19, printcious, t-shirt covid-19, printcious shirt, printcious review, printcious tracking, printcious sponsorship, printcious bulk order, printcious t-shirt, customized gifts malaysia, printcious lanyard, nina printcious
T-shirt edisi khas Covid-19


Ketua Pegawai Eksekutif Printcious, Vincent Tong berkata, syarikat perlu memainkan peranan dalam melawan Covid-19 dan memanfaatkan kekuatan unik tenaga kerja yang ada.

“Kami mungkin tidak dapat mengeluarkan sejumlah besar wang untuk memberi bantuan tetapi kami telah mengambil inisiatif untuk berkerjasama dengan rakan kongsi kami seperti Ricoh (syarikat pengimejan dan elektronik yang terkenal), Gildan (Jenama T-shirt No. 1 di USA), Exabytes (Cloud dan Penyedia Solusi Digital di Asia Tenggara) dan Main-Main (Inkubator Kreatif di Malaysia) untuk melancarkan sebuah siri rekaan T-shirt yang unik untuk dijual kepada masyarakat.

“Kami turut mengalukan badan-badan korporat untuk menyokong kempen ini bagi tujuan meningkatkan kesedaran dan meraih dana bagi menghasilkan T-shirt Covid-19 dengan jenama mereka sendiri untuk pekerja mereka.

“Kami percaya bahawa kebanyakan perniagaan mengalami penurunan tetapi kami perlu terus beroperasi demi membantu memajukan ekonomi dan pada masa yang sama menyokong kerajaan pada waktu pandemic global ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, pengubahsuaian tambahan seperti penambahan nama dan jenama logo juga boleh dilakukan tanpa sebarang cas tambahan.

Baucer RM150 PERCUMA!


Untuk kempen istimewa yang berlangsung daripada pertengahan Mei sehingga akhir Julai 2020, Printcious telah menghasilkan enam rekaan T-shirt kreatif diperbuat daripada kapas Gildan premium sebagai satu peringatan kepada masyarakat untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

T-shirt putih berkolar bulat ini dijual dengan harga RM29.90 sehelai dan boleh didapati dalam saiz XS hingga ke 3XL. Berita baik, untuk setiap pembelian 6 design pada harga RM150, anda boleh dapatkan baucer tunai bernilai RM150 secara PERCUMA untuk membeli belah di Printcious. 
Selain T-shirt, kempen ini turut merangkumi tote bag dengan rekaan yang sama. Printcious berhasrat untuk mencapai sasaran hasil jualan untuk 1,000 unit t-shirt dan 1,000 unit tote bag bagi meraih dana.
Printcious turut menawarkan penghantaran percuma untuk setiap pembelian melebihi RM70 ke seluruh Malaysia termasuklah Sabah & Sarawak.
Pembelian boleh dibuat secara atas talian melalui: https://www.printcious.com/my/stores/covid19-awareness

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.