ABSOLUTE 1618 | Apa kata CN?

June 05, 2020

ABSOLUTE 1618 | Pernah dengar barangan kosmetik jenama ABSOLUTE 1618? Jenama kosmetik Absolute 1618 ini diilhamkan oleh 2 sepupu iaitu Mior Ghazi & Sharifah Jasmine. Mereka mendapat inspirasi untuk menceburkan diri dalam bidang kosmetik untuk berkongsi dengan konsumer kosmetik yang berkualiti, tanpa bahan toksik yang berbahaya kepada kulit, harga berpatutan dan yang paling penting menggunakan bahan semulajadi berkualiti.


ABSOLUTE 1618, absolute natural beauty, harga ABSOLUTE 1618, produk kecantikan absolute 1618
ABSOLUTE 1618 | Apa kata CN?


ABSOLUTE Natural Beauty - 1618


Mereka berhasrat untuk membuat produk perawatan kulit dan solekan yang bebas dari bahan kimia atau bahan toksik yang biasanya terdapat pada kebanyakan produk sabun, talc, krim dan produk penjagaan kulit lain yang secara tidak sengaja menyumbang kepada barah. Mereka komited sepenuhnya untuk memberikan yang terbaik dari segi perkhidmatan dan kualiti produk dan mempunyai produk lain dalam perancangan.

Diilhamkan daripada 2 elemen iaitu menggunakan bahan-bahan semula jadi & 1618 pula merupakan nisbah emas (Golden Ratio) di mana semua formula dan ramuan dipilih dengan sempurna dan diformulasikan dengan teliti untuk menghasilkan produk terbaik. 


ABSOLUTE 1618, absolute natural beauty, harga ABSOLUTE 1618, produk kecantikan absolute 1618
ABSOLUTE 1618


Kenapa CN suka produk ABSOLUTE Natural Beauty 1618 ini?


Sudah tentu perkara utama pemilihan barangan kosmetik adalah bebas toksik. Produk jenama ABSOLUTE 1618 ini bukan sahaja bebas toksik, malah ianya diformulasikan dengan 100% minyak Rosehip tulen dan vitamin semulajadi untuk memberi manfaat maksimum kepada kulit. Paling menarik mengenai produk ini adalah ianya mesra wuduk. 


Video Review ABSOLUTE 1618




Oh ya, anda jangan risau kerana produk ABSOLUTE 1618 ini telah didaftarkan di bawah Akta Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Regulation 18 A (2), Pengarah Khidmat Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengikuti Garis Panduan Kawalan Dadah Dan Kosmetik (NPRA) Di Malaysia.
Notifikasi NOT KKM
1. Absolute Rose Couture Serun (NOT1 90504 247K)
2. Absolute Rose Couture Foundation (NOT1 90504 224K)


ABSOLUTE 1618, absolute natural beauty, harga ABSOLUTE 1618, produk kecantikan absolute 1618
ABSOLUTE 1618 


ABSOLUTE 1618 Serum Primer


Pertama kali CN mencuba ABSOLUTE 1618 Serum Primer ini, CN agak teruja kerana terdapat 'emas' pada serum ini. Hah! Itulah Mica Gold, mineral semulajadi yang digunakan untuk membantu memberikan effect glowing pada wajah. Anda hanya perlu menyapukan serum ini pada wajah sebelum menggunakan ABSOLUTE 1618 Foundation Mineral Superlight. Hasilnya, wow! Kulit wajah akan kelihatan glowing dan nampak muda gituw.

Selain Mica Gold, ABSOLUTE 1618 Serum Primer ini mengandungi 100% minyak Rosehip tulen, stem cells dan Vitamin E yang dapat membantu meningkatkan seri wajah anda dan menyihatkan kulit. Serum yang cepat menyerap ini juga mempunyai antioksidan yang tinggi serta SPF30 bagi melindungi kulit anda daripada penuaan pramatang dan kesan sinar UV. 


ABSOLUTE 1618, absolute natural beauty, harga ABSOLUTE 1618, produk kecantikan absolute 1618
ABSOLUTE 1618 Serum Primer

Menariknya, serum ini juga turut mengawal kulit yang berminyak dengan baik dan sesuai untuk semua jenis kulit. Jadi apabila anda menggunakan serum ini, kulit wajah nampak natural seolah-olah anda tidak bermakeup. Best kan?

Bahan-bahan ABSOLUTE 1618 Serum Primer Air, Rosehip Oil, Vitamin E, Stem cell, EDTA


Ramai tahu kebaikan minyak Rosehip kepada kulit, ianya dapat mengurangkan penampilan garis-garis halus, melembapkan kulit secara mendalam. Minyak Rosehip juga penuh dengan vitamin dan antioksidan yang membantu meratakan warna kulit secara keseluruhan. 

Kebaikan minyak biji Rosehip
• Anti penuaan
• Antioksidan tinggi
• Anti-radang
• Menghidrat kulit
• Mengurangkan parut

HARGA ABSOLUTE 1618 Serum Primer : RM79.90

ABSOLUTE 1618, absolute natural beauty, harga ABSOLUTE 1618, produk kecantikan absolute 1618
CN suka produk ABSOLUTE 1618 ni! Anda mesti cuba

ABSOLUTE 1618 Foundation Mineral Superlight


Selalunya apabila menggunakan foundation, kulit muka akan rasa 'tebal' & berminyak kan? ABSOLUTE 1618 Foundation Mineral Superlight ini agak berbeza. Sesuai dengan nama superlight, foundation ini memang sangat light & tidak terasa anda memakai foundation. Ianya berfungsi menyesuaikan foundation dengan tona kulit warna pengguna dan sesuai untuk setiap warna kulit. Seolah-olah kecantikan semulajadi gituw.

Foundation ini mengandungi bahan aktif termasuk 100% Rosehip Oil tulen, titanium dioksida, isononyl isononanoate dengan kilauan semula jadi dari mineral mosovite mica. Paling penting, foundation ini mempunyai SPF60 yang diformulasikan dengan perlindungan UV spektrum luas, dan dapat meningkatkan kelembapan semula jadi kulit untuk menjadikan kulit lebih anjal, muda dan berseri.


ABSOLUTE 1618, absolute natural beauty, harga ABSOLUTE 1618, produk kecantikan absolute 1618
ABSOLUTE 1618 Foundation Mineral Superlight

Produk kecantikan Absolute ini penuh dengan nutrien untuk kulit, membolehkan kulit bernafas, sembuh dan menyihatkan kulit wajah. Pada masa yang sama, ia boleh dicuci dengan mudah - mesra wudhu. 

Bahan-bahan ABSOLUTE 1618 Foundation Mineral SuperlightAir, Rosehip Oil, titanium dioxide, isononyl isononanoate, cyclopentasiloxane (Vegan), chlorphenesin (Organic), phenoxyethanol (Vegan).

HARGA ABSOLUTE 1618 Foundation Mineral Superlight : RM79.90



ABSOLUTE 1618, absolute natural beauty, harga ABSOLUTE 1618, produk kecantikan absolute 1618


Dimana boleh beli produk ABSOLUTE 1618?


Menariknya, produk ABSOLUTE 1618 ini telah tersenarai di Halalstreet.Co.Uk untuk pasaran UK dibawah program e-trade Matrade. Anda boleh search nama produk ini di lamanweb tersebut. 

Untuk pasaran Malaysia pulak, anda boleh dapatkan produk ini di Lazada atau terus order di FB @absolute1618 & Instagram @absolutenaturalbeauty

Layari laman web untuk maklumat lanjut : www.absolute1618.com

ABSOLUTE 1618, absolute natural beauty, harga ABSOLUTE 1618, produk kecantikan absolute 1618

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.