New Samurai Burger & McD Malaysia's new Japanese Themed Sensation

June 06, 2020

Samurai Burger Mc Donald's | McD dan rakyat Malaysia tidak dapat dipisahkan. Bagi peminat setia McD Malaysia, pasti anda tertunggu-tunggu menu terbaru atau pun menu special yang muncul pada masa tertentu dari McD bukan? Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda tentang Samurai Burger McD yang muncul setahun sekali ni. Pasti ada peminat Samurai burger ni yang sentiasa tertunggu-tunggu akannya. Untuk pengetahuan anda, Mighty Samurai burger ini datang dengan dua pilihan iaitu ayam atau daging dengan sos Teriyaki Jepun, fuh sedapnya! Tapi berbeza kali ini, McD membawakan sekali Japanese Themed Sensation dengan kehadiran istimewa Green Tea McFlurry! Wow..rugi sangat kalau anda tak cuba tau! 

Terus terang cakap, CN memang peminat setia McD. Pantang ada menu baru di McD, mesti nak cuba! Lagi-lagi McFlurry flavoured baru, wajib cuba hokay. Kebetulan CN ni memang peminat setia makanan Jepun, sesuai sangat lah kombinasi Samura Burger McD dengan dessert Green Tea McFlurry. Membahagiakan jiwa gituw...



New Samurai Burger, McD Malaysia,  new Japanese Themed Sensation, green tea mcflurry, mighty samurai burger, burger mcd, online food delivery, best online food delivery
New Samurai Burger & McD Malaysia's new Japanese Themed Sensation


Samurai Burger McD featuring Green Tea McFlurry


Mesti anda sudah terbayang-bayang rasa burger Mighty Samurai dengan sos teriyaki yang perfect ini. Memang awesome dan pasti membuatkan anda terliur bukan? Mighty Samurai burger merupakan antara menu yang paling dinanti-nantikan oleh peminatnya. Terdapat 2 pilihan iaitu Samurai Beef burger iaitu daging lembu panggang yang berjus atau Samurai Chicken burger yang merupakan daging ayam yang dilapisi dengan sos Teriyaki special mereka. Dihiasi pula dengan salad dan mayonis yang berkrim, fuh, sedapnya! 

Apa yang anda mesti tahu, burger Mighty Samurai ini menggunakan 100% daging lembu yang dipanggang untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan superb. Kemudian, daging tersebut disalut dengan sos Teriyaki. Walaupun bagi CN, rasa sos Teriyaki ini agak manis, tapi ia memang ngam  sangat dengan daging lembu ni. Anda akan rasa masam manis je. Memang terbaik! 

Harga set burger Mighty Samurai daging dan ayam ini bermula dengan RM13 sahaja. 


New Samurai Burger, McD Malaysia,  new Japanese Themed Sensation, green tea mcflurry, mighty samurai burger, burger mcd, online food delivery, best online food delivery
Mighty Samurai Burger dengan sos teriyaki


Menu Pencuci Mulut Bertema Jepun Yang Baru


Sesetangah orang merasakan hidangan mereka tidak lengkap tanpa pencuci mulut yang enak dan manis. Menariknya, kali ini McD Malaysia turut memperkenalkan semula Green Tea McFlurry yang menyegarkan. 

Siapa peminat matcha, meh angkat tangan! CN percaya, jika anda peminat matcha, anda pasti akan gemarkan menu pencuci mulut terbaru dari McD ini. Sedapnya lahai...

Harga Green Tea McFlurry ini bermula dari RM6.50 sahaja. 


New Samurai Burger, McD Malaysia,  new Japanese Themed Sensation, green tea mcflurry, mighty samurai burger, burger mcd, online food delivery, best online food delivery
Green Tea McFlurry, khas buat anda peminat matcha

Tunggu apa lagi? Untuk anda yang masih belum mencuba burger Mighty Samurai dan Green Tea McFlurry ini, jangan lepaskan peluang kerana burger Samurai ini hanya untuk waktu terhad sahaja dan sehingga stok masih ada. 

Best Online Food Delivery


Musim sekarang ni, kalau anda nak beli makanan, CN cadangkan untuk anda menggunakan servis online food delivery je. Senang sangat, tak berisiko terhadap jangkitan penyakit. Hanya order & tunggu abam rider hantar. CN memang suka sangat order McD menggunakan Food Panda. Order dan tunggu makanan kegemaran anda sampai ke rumah. Janji area rumah anda termasuk dalam kawasan jajahan online food delivery ni tau. Memang senyum lebar bila abam rider sampai depan rumah! Lagi-lagi yang hantar tu abam Food Panda kaler pink, i loike!  Eh..

Serius, servis abam rider kaler pink ni memang tiptop. Sistem dorang sentiasa update masa penghantaran. Paling syiok, makanan sampai panas-panas. Fuh, bahagia betul makan Samurai Burger ni panas-panas hokay.

Untungnya apabila anda menggunakan apps Food Panda, ada banyak promosi special untuk pelanggan mereka. Hanya masukkan promo code dan anda akan dapat harga yang kadang-kadang lagi murah berbanding beli sendiri di kedai. Bagi CN, sudah tentu the best online food delivery adalah Food Panda.  Banyak jimat dan tunggu sahaja depan rumah. Jom makan McD uolss ! 


~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.