WOW! 10,000 Nasi Lemak Marrybrown PERCUMA Pada 1 Ogos 2020

August 04, 2020

10,000 Nasi Lemak Marrybrown PERCUMA Pada 1 Ogos 2020Ada peminat Nasi Lemak Marrybrown tak dekat sini? Hah, pihak Marrybrown telah mengumumkan bahawa tarikh 1 Ogos 2020 merupakan Hari Nasi Lemak Marrybrown (Marrybrown Nasi Lemak Day).
Maka dengan sebab itu, Marrybrown telah menyediakan 10,000 Nasi Lemak MB secara PERCUMA kepada pelangannya bersama secawan Iced MILO (12oz) pada 1 Ogos 2020 seawal pukul 10 pagi disemua cawangan Marrybrown yang mengambil bahagian.
Anda boleh rujuk cawangan Marrybrown yang terlibat di SINI.
nasi lemak marrybrown, nasi lemak mb, nasi lemak percuma, nasi lemak sedap, marrybrown malaysia
Nasi Lemak MB Percuma!

10,000 Nasi Lemak Marrybrown PERCUMA


10,000 Nasi Lemak MB PERCUMA disediakan di cawangan Marrybrown seluruh negara pada 1 Ogos 2020 bermula dari pukul 10 pagi. Bagaimanapun, ianya tertakluk kepada mereka yang datang dahulu (first come first serve basis) selagi stok masih ada.
Hanya SATU (1) Nasi Lemak MB dan Iced MILO (12oz) untuk setiap seorang pelangan untuk dituntut. Tawaran ini tidak sah bagi mereka yang menggunakan khidmat penghantaran (delivery).
Tiada bayaran dikenakan untuk Nasi Lemak MB (selagi ianya tidak mencecah 10,000 set), sekiranya anda inginkan extra sambal, RM1.00 akan dikenakan.
Bagaimanapun anda dikehendaki untuk mematuhi SOP sepanjang PKPP dengan memakai penutup muka (face mask) ketika mengunjungi permis Marrybrown. Pastikan juga anda menjaga jarak sosial ketika beratur mengambil Nasi Lemak MB Percuma. Jangan lupa untuk daftar masuk sebelum memasuki permis.
Untuk pengetahuan anda, Nasi Lemak MB boleh didapati dari harga RM9.30 & didatangkan bersama :-
  • 1 Ketul MB Crispy Chicken
  • Nasi yang dimasak bersama santan & daun pandan
  • Sambal Marrybrown
  • Kacang
  • Ikan bilis
  • Pappadam
  • Hirisan Timun

Untuk maklumat lanjut mengenai menu & promosi dari Marrybrown, korang boleh layari https://marrybrown.com/ 

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~



You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.