Sambut Ramadan bersama Mushroom

April 28, 2021

Mushroom dari QL Foods Sdn Bhd | Memasak sepanjang bulan Ramadan sudah tentu memerlukan bahan-bahan yang mudah dan ringkas untuk menjimatkan masa penyediaan. Almaklumlah, penat dengan aktiviti seharian ditambah dengan berpuasa membuatkan kebanyakan suri rumah gemar menggunakan bahan segera untuk memasak. 

Antara produk makanan sejuk beku hasil laut yang best adalah jenama Mushroom keluaran syarikat QL Foods Sdn Bhd. Produk keluaran syarikat ini mampu menepati cita rasa orang Malaysia sekali gus membantu memudahkan kerja-kerja di dapur. 

Apa kata Ramadan kali ini kita sediakan hidangan istimewa untuk keluarga dari jenama Mushroom. Bukan sahaja mudah malah sedap dimakan seisi keluarga.

Jenama mushroom, produk hasil laut jenama Mushroom, jenama mushroom halal, resepi menggunakan jenama mushroom, resepi ramadan ql mushroom,
Sambut Ramadan bersama Mushroom

Pelbagai Resepi Menarik Menggunakan Produk Mushroom


Mushroom Filamen Berperisa Ketam‘Crab Stick’ terbahagi kepada 5 jenis dan mempunyai cara masakan yang berbeza antaranya seperti goreng, stimboat, oden, sushi dan lain-lain lagi.

Bagi pelanggan yang menggemari kudapan yang rangup boleh mencuba Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’ bersira pedas. Sangat mudah untuk menyediakannya. 

Untuk resipi lengkap sila klik video di bawah:

Resepi Mushroom Filamen Berperisa Ketam 'Crab Stick' Bersira Pedas


Manakala untuk pelanggan yang menggemari cara masakan tumis pula, anda boleh mencuba resipi ketam berlada dengan menggantikan ketam kepada Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’. Nampak sangat mudah, sudah pasti menyelerakan dan sedap!

Untuk resipi lengkap sila klik video di bawah:

Mushroom Chili Crab Stick


Produk Mushroom Dijamin Halal & Kualiti Terbaik


Bagi semua pelanggan khususnya mereka yang beragama Islam, jangan risau kerana produk Mushroom ini telah mendapat sijil pengiktiran pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain itu, produk ini juga turut mendapat pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP). Jadi, anda boleh menggunakan produk Mushroom tanpa was was! 

Malah, QL Foods Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengeluar produk Mushroom juga mempunyai Sistem Pengurusan Halal Dalaman yang diselia oleh Eksekutif Halal yang khusus dan komited untuk memastikan semua produk keluaran daripada syarikat ini memenuhi prosedur Halal seperti yang telah ditetapkan oleh JAKIM.

Selain itu, pihak syarikat juga sentiasa menjalankan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan produk terjamin dalam memenuhi cita rasa serta permintaan pelanggan. 

Jenama mushroom, produk hasil laut jenama Mushroom, jenama mushroom halal, resepi menggunakan jenama mushroom, resepi ramadan ql mushroom,
Best Seller Produk Mushroom



Sertai Peraduan Kongsikan Resepi Ramadan Anda Bersama Produk Mushroom & Menangi Duit Raya RM12,500!


Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, QL Foods Sdn Bhd, syarikat pengeluar produk Mushroom telah mengambil kesempatan untuk menganjurkan peraduan "Kongsikan Resepi Ramadan Anda Bersama Produk Mushroom" sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan semua pelanggan. 

Hadiah yang ditawarkan merupakan duit raya berjumlah RM12,500 dalam bentuk tambah nilai Touch 'n Go di mana pemenang akan dipilih berdasarkan hidangan kreatif dan menarik. Pelanggan yang berminat boleh lah mendapatkan produk Mushroom di pasaraya berhampiran untuk menyertai peraduan ini. 

Peraduan "Kongsikan Resepi Ramadan Anda Bersama Produk Mushroom" ini akan berlangsung daripada 11 April sehingga 16 Mei 2021. Maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh didapati di Facebook QL Mushroom

Jenama mushroom, produk hasil laut jenama Mushroom, jenama mushroom halal, resepi menggunakan jenama mushroom, resepi ramadan ql mushroom,
Peraduan "Kongsikan Resepi Ramadan Anda Bersama Produk Mushroom"


#DuitRayaQLMushroom
#ResepiRamadaQLMushroom
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.