5 Kelebihan melompat atas trampoline kepada anak

September 21, 2021

Kelebihan melompat atas trampoline kepada anak | Kanak-kanak yang aktif sememangnya suka melompat. Tak kisah lah melompat ketika bermain di luar, melompat di atas katil malah melompat di atas sofa. Kalau pergi check up perkembangan anak-anak di klinik pun antara soalan utama nurse akan tanya kepada ibu bapa adalah "anak pandai melompat tak?". 

Jika di lihat di negara luar terutama US, kebanyakan rumah yang ada anak kecil mesti akan ada trampolin. Sememangnya ibu bapa di luar sana menggalakkan anak melompat terutama di atas trampolin kerana ada banyak kelebihan yang mesti anda sebagai ibubapa tahu. 

Hokay, jom baca 5 kelebihan melompat terutamanya melompat atas trampolin kepada anak-anak. 

kelebihan trampolin untuk anak, bagus melompat di trampolin, melompat di trampolin, manfaat melompat, trampolin murah, beli trampolin di shopee
5 Kelebihan melompat atas trampoline kepada anak

Kelebihan melompat atas trampolin kepada anak

1. Melompat di trampolin membantu meningkatkan keseimbangan, koordinasi dan postur anak-anak. Selalu melompat membuatkan reflek anak-anak cepat bertidakbalas.

2. Melompat di atas trampolin terbukti dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membantu menurunkan berat badan. Kadar metabolisme akan terus meningkat sehingga 24 jam walaupun anda sudah berhenti melompat! Sangat sesuai untuk kuruskan badan dan mengurangkan risiko obesiti di kalangan kanak-kanak. 

3. Melompat meningkatkan imuniti badan untuk menangkis jangkitan dan mencegah penyakit. Melompat selama 10 minit meningkat tiga kali ganda jumlah sel darah putih. Sistem limfa mengangkut sel-sel imun ini ke seluruh badan untuk meningkatkan fungsi imun, yang merupakan barisan pertahanan pertama badan kita.

4. Melompat meningkatkan keupayaan mental dan meningkatkan kesihatan mental. Lompatan yang kerap meningkatkan peredaran darah. Ini membolehkan banyak oksigen bergerak ke otak, meningkatkan ketajaman dan fokus serta meningkatkan komunikasi antara ke 2 bahagian otak. Ini meningkatkan keupayaan mental dan diketahui dapat membantu kanak-kanak membaca dan menulis.

5. Melompat dapat membantu mengurangkan kegelisahan, atau ketidakupayaan untuk berehat yang disebabkan oleh apa sahaja faktor sama ada minum terlalu banyak kafein, tekanan, kesakitan fizikal, atau apa sahaja. Untuk kanak-kanak yang ada ADHD, melompat membantu mengalihkan tenaga dan mengatasi kegelisahan.


Beli trampoline murah di Shopee

Atas faktor pelbagai kelebihan trampolin terhadap perkembangan anak-anak, CN tidak terkecuali membeli trampolin murah di Shopee. Walaupun murah, tapi kualiti tiptop. Trampolin yang CN beli ni murah kerana bersaiz kecil dan boleh diletak di dalam rumah je. Jadi boleh melompat sambil tengok tv gituw. 

Anda boleh beli trampolin murah di https://shp.ee/jvduaqm

~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. Terima kasih utk info ni...kdg2 teringin jugak nak melompat kt trampoline anak tapi mengenangkan overweight ni, takut jatuh macam nangka busuk hehehe :-p

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.