Main buih di Morib
Dah macam aktiviti wajib di hujung minggu melepak di Morib. Tak kisah la apa aktiviti, picnic ker, tengok2 laut ke or main buih, yang penting adalah bawak Irfan berseronok dan bersosial di Morib. Irfan pulak dah kenal dan tahu dekat mana port favorite dia tau. Kalau sampai jer, mata dia akan terus terarah ke kawasan buih banyak2. Lepas tu buat muka comey minta sponsor sewakan alat main buble tu.
Tips Parenting
Bagi ibu yang bekerjaya,memang agak sukar untuk meluangkan masa untuk main bersama anak. Yela, pegi keje awal pagi dan balik malam. Entah bila nak bermain dengan anak kan?
Apa yang CN pastikan lakukan setiap hari adalah guna masa hantar dan ambil anak di rumah pengasuh dengan sebaiknya. Biasanya masa ambil Irfan dari rumah pengasuh, semasa dalam kereta CN akan berborak sambil nyanyi2 bersama Irfan. Anak yang selalu berborak bersama ibunya akan rasa lebih yakin dan keletah berkata-kata. CN akan selalu bertanya apa yang Irfan buat di rumah pengasuh. Walaupun tak berapa faham apa yang dikatakannya, CN ye kan jer. Irfan pulak akan bercerita sampai muncung2 mulut dia tau.
Selain tu, kalau rasa malas nak masak bila penat balik keje. CN akan bawak Irfan makan diluar sambil berborak-borak dengan Irfan. Ala-ala dating gituww. Best owh dating dengan anak teruna sendiri. Jalan2 pegang tangan. InsyaAllah, CN akan cuba teruskan amalan dating dengan Irfan sampai dia besar nanti. Mesti sweet jer tengok anak teruna jalan2 pegang tangan dengan mamanya. Kan2??
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Alhamdulillah..Irfan dari kecik memang tak ada masalah makan. Dia memang seorang yang kuat makan ! Lagi-lagi kalau makanan faveret dia spageti atau adik beradik mee, memang confirm habis !
Bagaimana proses nebulizer?
No DNA test required ! Comel bebenor kan? CN pun takmo kalah, nak gak share gambo Irfan & Encik Suami ... like father like son ... hehehehe
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
Salam mesra..
10 sebab kenapa si kecil memberontak menjadi tajuk entry CN kali ini. Ini kerana Si kecil Irfan makin membesar dengan perangai yang sangat mencabar kewibawaan CN. Biasalah, dengan students di sekolah, CN boleh bersabar dari memukul sebab anak orang, tapi dengan anak sendiri ni, laju jer tangan membabap ! Memang menyesal lepas babap dia, tapi itulah, tindakan spontan ! hehehe
Irfan ni perangai dia, kalau dia marahkan kita atau tak puas hati dengan kita, dia akan mencampakkan apa sahaja barang yang ada depan dia. Sebab tu pinggan dan cawan kaca sudah banyak berderai sebab si kecik ni ! Ramai cakap Irfan memberontak sebab dia membesar tanpa CN disisi, yela, dulu kan CN di KL dan Irfan di kampung bersama nenek. Jumpa pun hujung minggu. Maybe sebab nk balas dendam, dia selalu memberontak dengan mama nya. Aduhai si anak...
CN terjumpa artikel tentang sebab kenapa si kecil memberontak untuk pengetahuan diri sendiri sebagai seorang mama dan juga untuk perkongsian bersama pembaca tersayang.
10 sebab kenapa si kecil memberontak
Salam mesra..
Lagi2 entry tentang wedding adik ipar CN yang masih hangat ceritanya. Masih lagi cerita tentang side perempuan. Malam berinai bertemakan purple+kuning. Gorges ! Gambar diambil oleh Encik Suami. Konon2 photographer ler mlm tu sampai taknk join we all pakai baju raya. Boleh lak dia pakai kemeja kotak2..alasan sama dengan Irfan ! Irfan kisahnyer semua baju melayu dah tak muat, terpaksa lah pakai baju kotak2. Isy2..susah bebenor nk paksa Encik Suami pakai baju sama dgn CN, banyak benor alasannya..ahaks ~
Salam mesra.
CN bersukacita berkongsi dengan anda pembaca setia gambo2 masa balik kampung seterusnya jejalan di Penang best. Esklusif tau sebab dalam blog jer ada banyak gambo. Tempat lain takde ! hehe
Dalam entry SINI CN bercerita mengenai pengalaman pertama Irfan naik feri. Kali ni CN share dengan anda aktiviti kami di Penang. Cuma sehari sahaja kami sekeluarga di Penang, yela, bukan jauh pun Parit Buntar dengan Penang, takkan nk tdo kat sana pulak kan. Habis bajet..ahaks~~
Salam mesra..
CN terjumpa artikel menarik tentang tabiat ibubapa yang memberi kesan buruk terhadap perangai anak dari chentazulya.blogspot.com. CN sengaja masukkan dalam entry ni untuk rujukan pada masa akan datang.
- Apakah anda mula merasa susah mengawal tingkah laku anak anda?
- Apakah anda dan pasangan sering tidak sefahaman dalam mendidik anak anak?
- Apakah anak anda sering merengek dan memaksa untuk menuruti kemahuannya?
- Apakah anak anda sering bergaduh antara satu sama lain?
- Apakah anda susah hati kerana anak anda selalu menonton tv atau bermain PS?
Jika ada jawapan YA, sila baca tips di bawah :
Minggu lepas, CN dan family balik kampung melawat keluarga tersayang. Cuti 3 hari sempena Thaipusam digunakan sepenuhnya bersama family. Dah alang2 semua adik beradik ada, so kitorg pergi la jejalan ke Penang.
Nak dijadikan cerita, rupa2nya ramai yang tak pernah naik FERI. Ala cian... CN pun lama tak naik feri. Last naik feri masa form 2 ! Hehehe. Tapi ni 1st time la CN naik feri bersama kereta. Rupa-rupanya mmg lama yer nak tunggu turn ? Adalah dalam setengah jam kitorang tunggu turn untuk naik feri. Kalau lalu jambatan, rasanya dah lama sampai ! Tapi takper, PENGALAMAN !
Salam mesra..
Irfan si bambam CN kembali montel setelah tinggal bersama mamanya. Almaklumlah, CN kini bukan lagi mama hujung minggu ! Alhamdulillah..terlalu nikmat rasanya membesarkan anak dengan tangan sendiri. Walaupun penat balik sekolah kena memasak dan menguruskan anak, tapi kepuasan melakukan semua benda tu tiada tandingan !
Irfan semakin besar mempunyai selera makan seperti orang dewasa. No more puree atau benda lembik2 ! Memang dia takmo ! Heheh. Tapi yang merisaukan, makanan yang agak pedas pun dia belasah gak ! Budak ni mmg jawa sejati, makan makanan pedas. TAPI ! Perlu diingat bahawa bukan semua makanan orang dewasa boleh dibedal oleh anak kecik kita. CN berkongsi dengan anda semua tentang makanan yang perlu dielakkan sehingga bayi berumur 2 tahun. [ Sumber : SINI ]
Irfan semakin besar mempunyai selera makan seperti orang dewasa. No more puree atau benda lembik2 ! Memang dia takmo ! Heheh. Tapi yang merisaukan, makanan yang agak pedas pun dia belasah gak ! Budak ni mmg jawa sejati, makan makanan pedas. TAPI ! Perlu diingat bahawa bukan semua makanan orang dewasa boleh dibedal oleh anak kecik kita. CN berkongsi dengan anda semua tentang makanan yang perlu dielakkan sehingga bayi berumur 2 tahun. [ Sumber : SINI ]